Malaysiakini BERITA

Pakatan tuntut ketuai JK reformasi p'raya

Abdul Rahim Sabri  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

NONE Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.

Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.

3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik, masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.

4. Satu kajian bagi membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia harus dibuat dan dibentang untuk

pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.

6. Semua penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.

NONE Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen itu.

"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

"Bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.

azlan Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya.