Menteri pelancongan pertahan belanja iklan
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen hari ini mempertahankan perbelanjaan iklan kementerian itu, yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana menurutnya, semua prosedur yang ditetapkan telah dipatuhi.
Ditemui selepas merasmikan Art Expo 2011 di Kuala Lumpur, Ng berkata, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) telah
mematuhi prosedur Kementerian Kewangan, yang juga membenarkan rundingan terus.
Katanya, pengalaman lepas telah mengajar kementeriannya bahawa prosedur ini lebih baik kerana ia dapat mengelak "pengantara" atau ejen yang akan mengenakan bayaran 15 peratus komisen.
Jumlah yang dibelanjakan juga adalah mengikut bajet, tambahnya.
Malah, menurutnya, kementeriannya tidak terlebih belanja seperti yang dilaporkan, tetapi sebaliknya perbelanjaan bagi tahun 2009 dan 2010 adalah yang terendah.
Menurut laporan audit tersebut, bagi tahun 2009 dan 2010, LPPM telah membeli ruang iklan bagi RM194.31 juta, tetapi jika melalui proses tender, kosnya hanya RM75.38 juta.
[Baca berita penuh]

