Pengarah Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan Shafie Taib menjelaskan bahawa SPR belum membuat keputusdan  muktamad berhubung cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya (PSC) supaya suruhanjaya itu melantik Mimos Berhad bagi membersih dan mengesahkan senarai daftar pemilih.

nurul izzah pc 050112 02 Beliau memberitahu demikian untuk menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang dilaporkan berkata, SPR telah menolak cadangan PSC itu. Ahli parlimen Lembah Pantai itu memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Shafie pagi ini.

"Cadangan sama ada menolak atau menerima cadangan tersebut, belum ada keputusan rasmi. Ia ditentukan oleh SPR pusat selepas mereka mengadakan mesyuarat," kata Shafie.

"SPR belum bercadang apa-apa mengenai hal ini... Mengenai Mimos, belum ada ada apa-apa  keputusan. Ia masih di peringkat penelitian SPR," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai satu salah faham ketika pertemuan tersebut, Shafie berkata beliau perlu menjelaskan perkara ini, supaya tidak mahu dianggap mendahului keputusan SPR pusat.

azlan Ditanya mengenai minit mesyuarat antara beliau dengan SPR pusat mengenai perkara itu, sepertimana yang disebut oleh naib presiden PKR itu, Shafie berkata "tidak ada dan tidak tahu menahu" bagaimana perkara itu boleh timbul.

"Mungkin sewaktu berbincang perkara itu, pada masa yang sama, saya sedang menyemak nota mengenai pengundian awal dan dakwat kekal. (Nota) itu bukan tentang dengan Mimos. Mungkin salah faham.

"Kalau ada perkara yang tidak jelas atau tidak confirm, saya beritahu (Nurul Izzah dalam mesyuarat itu)," katanya.

Lagi pula, kata Shafie, sebagai seorang penjawat awam, beliau tidak boleh mendedahkan mana-mana minit mesyuarat.