Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank disaran peruntuk 30% pinjaman pada syarikat bumi

Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula pemberian pinjaman bank sekurang-kurangnya 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera.

T NONE imbalan Presiden AMANAH, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata, ia sebagai usaha membantu syarikat bumiputera supaya berjaya sepertimana yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sewaktu memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

"Saya nak cadangkan (supaya) kerajaan mengarah atau memujuk semua bank, supaya sekurang-kurang 30 peratus daripada pinjaman mereka itu, diberikan kepada syarikat bumiputera yang modal berbayarnya kurang daripada RM10 juta atau RM20 juta," katanya.

Sehubungan itu, Kadir mencadangkan supaya setiap bank mewujudkan unit penyertaan bumiputera untuk merangka dan melaksana dasar serta menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Kadir berkata, jika kaedah itu dibuat, beliau yakin syarikat bumiputera akan berjaya memandangkan ketika ini, ramai usahawan bumiputera sudah mempunyai kelulusan tinggi dan pengalaman untuk menguruskan projek tertentu.

"Malangnya, (kini) dia tak dapat pinjam, pergi ke bank dia (bank) nak 'track record'... (nak) macam-macam... Tetapi jika kita balik kepada semangat dahulu, jadi mereka ini mudah dapat pinjaman," katanya.

Kadir mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilapor mengumumkan keputusan kerajaan menambah 50 lagi syarikat bumiputera dalam program Teraju yang diterajui oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Najib berkata jumlah tersebut menjadikan sebanyak 80 syarikat terpilih sebagai syarikat Teras, yang menjana pendapatan keseluruhan RM5 bilion.

Mengulas lanjut, Kadir yang juga  bekas menteri kabinet  sekiranya syarikat bumiputera mendapat pinjaman, kerajaan tidak perlu lagi "tidak bersusah payah" untuk membantu menjayakan syarikat mereka.

Bahkan tambahnya, Bank Negara boleh memberi insentif tertentu kepada bank yang memenuhi kouta seperti yang ditetapkan.

Kadir yang juga bekas menteri penerangan berkata beliau tidak tahu mengapa dasar ini telah berakhir walaupun pernah diperkenalkan sebelum ini.

Katanya, kaum lain juga tidak pernah mencadangkan supaya perkara ini dihentikan pelaksanaannya.

"Pemimpin kerajaan sendiri yang menghentikan semua ini. Tak ada dah. Tiap-tiap bank tidak ada unit penyertaan bumiputera," katanya.

ADS