BERITA

Ong: Putrajaya hanya mampu ditawan pada PRU14

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Feb 2012, 12:18 tengahari

Pilihan raya umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh  Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya, demikian ramalan ahli sains politik, Ong Kian Ming.

forum on galas and batu sapi by election 131110 ong kian ming Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.

"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.

"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.

Bercakap pada satu forum di Bangsar, katanya jika Muhyiddin mengambil alih sebagai perdana menteri, BN akan menjadi lebih "eksklusif daripada inklusif".

"Ini dan ekonomi yang semakin teruk akan menyaksikan 60 peratus daripada kerusi BN akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

"Pilihan raya umum ke-13 adalah permulaan bagi BN kehilangan kuasanya," kata Ong.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.