Kerajaan hari ini dicabar untuk memperbetulkan “bencana nadir bumi di Bukit Merah, Perak,” sebelum meneruskan rancangan membina pusat atau kilang baru di Gebeng, Kuantan.

NONE Menurut Himpunan Hijau 2.0, hanya dengan berbuat demikian boleh membuktikan bahawa kerajaan serius dalam memastikan keselamatan kilang Lynas Advanced Material Processing (Lamp) di Gebeng.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat PAS hari ini, pengerusi jawatankuasa penganjur Wong Tack berkata: "Kerajaan tidak mempunyai rekod yang baik. Bersihkan Bukit Merah dulu, kemudian baru kita berunding."

Beliau merujuk kesan radioaktif kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, yang beroperasi sekitar tahun 1980-an.

NONE Kilang, yang ditutup pada 1994 selepas bantahan selama kira-kira satu dekad, dikaitkan dengan peningkatan yang mendadak dalam kecacatan bayi yang dilahirkan penduduk setempat dan juga bilangan kanak-kanak yang menderita akibat leukemia.

Mitsubishi Chemicals masih dalam proses membersihkan sisa yang ditinggalkan oleh kilang itu.

Wong juga mempersoalkan pengalaman syarikat Lynas dari Australia berhubung pemprosesan nadir bumi.

[Baca berita penuh]