Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holding Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia tetap akan diteruskan walaupun tanpa penglibatan langsung Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), kata Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Malah, katanya, agensi pembangunan tanah itu juga kecewa dengan tindakan sekumpulan peserta Felda yang memohon injuksi mahkamah untuk menyekat KPF terlibat dalam penyenaraian itu sehingga Mesyuarat Agung Khas KPF yang dijadual berlangsung hari ini, dibatalkan.

NONE Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Felda mahu KPF melibatkan dalam cadangan penyenaraian FVGH, tetapi malangnya sekumpulan kecil terdiri daripada lapan peserta Felda yang didakwanya telah dipengaruhi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), memilih sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan percubaan berulangkali mereka untuk memaksa hak minoriti mereka, yang didakwa ISA jelas dipengaruhi pandangan pembangkang yang bertentangan dengan hasrat majoriti ahli KPF serta menafikan ahlinya daripada merebut peluang itu.

Isa menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media  hari ini sebelum berlangsungnya majlis taklimat khas kepada para peneroka berhubung isu penyenaraian FGVH di Dewan Perdana FELDA, di ibunegara hari ini.

Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan mengulangi bahawa tanah peserta FELDA tidak akan disentuh dalam proses penyenaraian tersebut dan pegangan mereka dalam KPF turut dikekalkan.

fgvh listing briefing by isa Ekoran perkembangan semasa membabitkan KPF itu, beliau berkata, FELDA bercadang menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) untuk kepentingan peneroka Felda  yang berjumlah 112,635 orang.

Semalam KPF dilapor membatalkan mesyuarat agung khasnya yang dijadualkan hari ini selepas Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi melarangnya daripada membincangkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam FELDA Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat berkenaan tersebut.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.

Sebagai balasan, KPF akan diberikan hak eksklusif untuk menjadi pemegang saham sebanyak 37 peratus dalam FGHV apabila ia disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Mei ini.

Sementara itu, mesyuarat agung khas yang dibatalkan, digantikan dengan majlis taklimat khas kepada kira-kira 800 peserta Felda yang datang ke Dewan Perdana FELDA hari ini.

notice on cancellation of pkf agm Isa yang juga bekas menteri kabinet dan bekas naib presiden Umno memberikan taklimat itu lebih sejam bermula jam 3 petang.

Notis pembatalan tersebut turut ditampal pada pintu masuk dan dinding dewan berkenaan.

Dua orang peserta FELDA yang ditemui Malaysiakini selepas taklimat tersebut berkata mereka menyokong penyenaraian tersebut.

"Rakyat dan peneroka, kalau tak sokong dasar perdana menteri (akan) rugi," kata Zainuddin Md Amin dari Felda Jengka 3, Pahang.

Manakala seorang lagi peneroka, Badar Selamat bersetuju dengan penyenaraian itu "untuk masa depan anak cucunya pada masa depan".

"Kita nak kemajuan, jadi itu kita nak maju lagi... Kita nak maju kenapa mahu dihalang," katanya yang mempunyai enam orang anak dan kesemua bekerja di luar.

Badar berumur 72 tahun, tinggal di Felda Pasak, Kota Tinggi Johor dan menetap di felda berkenaan 42 tahun lalu.

Ekoran itu, mereka kecewa dengan tindakan pihak yang memohon injuksi mahkamah bagi menyekat KPF daripada terlibat dalam penyenaraian itu.

 

ADS