BERSIH bukan ancaman pada keselamatan
Diterbitkan: Apr 19, 2012 1:51 PM | Dikemas kini: Apr 19, 2012 3:26 PM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melihat perhimpunan "duduk bantah" BERSIH di Dataran Merdeka pada 28 April ini sebagai ancaman kepada keselamatan kerana ia didakwa hanya mempunyai sedikit daya tarik kepada orang ramai.
Menterinya Hishammuddin Hussein berkata, satu-satunya ancaman adalah penganjur, yang perlu menghadapi tanggapan negatif orang ramai sebagai hasilnya.
Katanya, oleh kerana sebuah isu dimasukkan bersama, termasuk ISA, pinjaman pelajaran dan Lynas, rakyat tahu bahawa program itu mempunyai niat politik.
Menurut Hishammuddin, orang ramai juga akan mempersoalkan masa perhimpunan itu memandangkan ia terlalu dekat dengan pilihan raya dan menggambarkan ia tidak ikhlas.

