BERITA

Mustafa: Negeri Pakatan guna tiga tema berbeza

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Ogs 2012, 11:42 tengahari

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah "Terus Berbakti".

Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema "Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa".

Bagaimanapun, Mustafa berkata semua empat negeri akan menggunakan logo sama yang akan diumumkan pada Khamis.

Satu lagu sama, digubah oleh seorang "komposer terkenal" akan menyusul kemudian, katanya.

Mustafa berkata Pakatan menerima cadangan lebih 20 logo daripada anggota masyarakat sejak minggu lalu.

Pakatan menentang tema "Janji Ditepati" yang dianjurkan kerajaan persekutuan kerana ia digunakan dalan kempen BN yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

VIDEO l 3.19 min

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.