MP Pakatan bawa isu Talam ke Labis
Tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat dan wakil PKR yang dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai jurucakap berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation mencabar anggota Parlimen MCA daripada Labis Chua Tee Yong untuk berdebat perkara itu di kawasannya pada hujung minggu ini.
Anggota Parlimen DAP daripada Petaling Jaya Utara Tonya Pua berkata, ia bertujuan memberikan timbalan menteri itu peluang untuk membuktikan dirinya di hadapan pemilihnya.
Chua dianggap tulang belakang di balik serangan terhadap kerajaan negeri itu.
"Jika dia (Chua) tidak berani bertemu pemilihnya dan maklumkan dakwaannya, jadi dia tidak mampu menjadi anggota parlimen mereka," kata Pua kepada pemberita.
Untuk memudahkan kerja, tambah Pua, Chua boleh "mengubah peraturan" debat yang akan berlangsung di Dewan Tokong Yong Hock Kon pada Ahad ini.
"Kalau dia mahu (anggota Parlimen Kuala Selangor) Dzulkefly Ahmad cakap Mandarin pun boleh," katanya berseloroh.
[Baca berita penuh]

