Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mustapa: Pelabur bimbang tahap keselamatan M'sia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

NONE Dalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.

"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.

"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.

Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS