mk-logo
Berita
'Bagaimana lelongan AP boleh turunkan harga kereta?'

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menyindir dakwaan PKR bahawa pelelongan permit import (AP) bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

azlan "Ketika kamu mahu turunkan harga kereta, kamu mahu menjual AP secara kepada pembida paling tinggi.

''Mereka (PKR) perlu jelaskan bagaimana perkara ini akan dilakukan apabila lelongan akan menambahkan RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap AP, tidak termasuk harga kereta,'' katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mukhriz turut menambah, jumlah RM10,000 bagi setiap AP pada masa ini bukan semata-mata untuk pendapatan kerajaan tetapi disalurkan kepada ''dana bagi membantu industri''.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS