Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal berkata kes lompat parti dari BN ke PKR tidak mungkin menjejaskan keputusan pilihan raya di Sabah, tetapi "tidak harus diambil ringan."

Beliau menyifatkannya sebagai asam garam politik dan harus dilihat secara serius.

NONE Bagaimanapun, beliau yakin ia tidak akan mengganggu

keupayaan (BN) dalam pilihan raya kerana ia tidak bererti 'pemimpin lompat, pengikut akan ikut.

Bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru, Datuk Yahya Lampong keluar parti dan menyertai PKR, beberapa jam selepas bekas bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin berbuat demikian pada 15 September.

Sebelum itu, Ahli Parlimen BN, Wilfred Mojilip Bumburing (Tuaran) dan Datuk Lajim Ukin (Beaufort), meletak jawatan dalam parti masing-masing.

Shafie yang juga menteri pembangunan luar bandar, turut menasihatkan ahli akar umbi Umno dan BN supaya mengekalkan tumpuan mereka kepada pilihan raya umum walaupun jika ternampak ada "masalah dalam kepimpinan".

palm oil palm kelapa sawit 201107 Shafie berkata demikian selepas menyaksikan majlis

menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Risda dan Felcra.

MOU ini akan membolehkan kedua agensi kerajaan itu bekerjasama dalam program tanaman semula yang membabitkan RM54.38 juta dari tahun ini hingga 2014.

Ia akan melibatkan kawasan kelapa sawit dan getah seluas 7,390 hektar tanah 3,700 pekebun kecil.

[Baca berita penuh]