Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata penggantinya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengenepikan proses sepatutnya dengan menuduh seorang pemimpin kanan parti itu dengan politik wang.

Bercakap kepada pemberita malam tadi, Ong berkata, Chua sepatutnya tahu kerana beliau sendiri telah melalui proses yang sama apabila terpaksa berdepan dengan lembaga tatatertib berhubung video seksnya.

"Terdapat satu modus operandi dalam urus tadbir parti. Apabila Chua dihadapkan ke lembaga tatatertib MCA berhubung video seks, beliau telah diberi peluang untuk bercakap dan memberi penjelasan," katanya.

NONE Sehubungan itu, Ong memberitahu pemberita malam tadi

bahawa langkah tertentu perlu diambil sebelum seorang timbalan wanita itu dituduh melakukan penyelewengan.

Beliau berkata, ianya penting terutamanya dalam kes ini, kerana ia melibatkan "seorang timbalan menteri yang mewakili parti dalam kerajaan".

Ditanya sama ada tindakan Chua itu tidak wajar, Ong berkata,

walaupun tiada tolak ansur terhadap politik wang, tetapi orang yang membuat tuduhan itu mestilah mempunyai "moral yang cukup tinggi untuk membuat pendedahan seumpama itu".

Katanya, Chua juga menyebut timbalan menteri itu dikatakan melobi untuk bertanding di kerusi Gopeng.

Berikutan itu, katanya, orang ramai kini membuat spekulasi sama ada dakwaan melobi itu merupakan sebab kenyataan sedemikian dibuat.

[Baca berita penuh]