AGM Pemuda Gerakan tumpu rangka dasar pendidikan
Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin berkata pergerakan itu dijangka akan membincangkan kelemahan dalam rangka dasar baru pendidikan secara mendalam dalam mesyuarat agungnya pada 29 September.
Katanya, perkara itu dijangka akan dikemukakan sebagai salah satu usul dalam mesyuarat yang dijangka akan dihadiri seramai 1,091 perwakilan itu.
"Kita akan berbahas secara mendalam tentang kelemahan dalam pelan tersebut, iaitu kelemahan yang perlu diperkuatkan bukan sahaja (dengan pandangan) daripada pihak ahli akademik, tetapi yang penting (mendapat) pandangan ibu bapa seperti kami," katanya.
Kerajaan pada 11 September lalu mengumumkan bahawa rangka tindakan baru pendidikan itu dibuka untuk penelitian awam selama tiga bulan bermula Oktober lalu, sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada Disember.
Selain itu, Pemuda Gerakan juga dijangka akan membincangkan mengenai pindaan ke atas Seksyen 114A Akta Keterangan, khususnya berhubung kesan ke atas generasi muda dan penulis blog, kat Lim.
Antara perkara lain yang dijangka akan dibentangkan adalah berhubung projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang dan usaha memperkuatkan bahasa asing termasuk bahasa Melayu, katanya.
"Kita akan berbahas secara mendalam tentang kelemahan dalam pelan tersebut, iaitu kelemahan yang perlu diperkuatkan bukan sahaja (dengan pandangan) daripada pihak ahli akademik, tetapi yang penting (mendapat) pandangan ibu bapa seperti kami," katanya.
Kerajaan pada 11 September lalu mengumumkan bahawa rangka tindakan baru pendidikan itu dibuka untuk penelitian awam selama tiga bulan bermula Oktober lalu, sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada Disember.
Selain itu, Pemuda Gerakan juga dijangka akan membincangkan mengenai pindaan ke atas Seksyen 114A Akta Keterangan, khususnya berhubung kesan ke atas generasi muda dan penulis blog, kat Lim.
Satu lagi perkara yang dijangka akan dibentangkan adalah berhubung projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, katanya.
Lim bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai usul berkenaan dan usul lain kerana sekatan yang dikenakan dan pergerakan itu juga masih lagi menerima usul dari Pemuda Gerakan negeri masing-masing.
Katanya, buat julung kalinya, Pemuda Gerakan membuka ruang kepada mahasiswa untuk menjadi pemerhati dalam perbahasan usul yang akan dibentangkan kali ini.
"Ada mahasiswa yang tidak tahu tentang dasar politik Gerakan. Ini satu peluang untuk mereka mendampingi dan memahami parti Gerakan," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Lim berkata mesyuarat sayap parti itu kali ke-25 bakal mengundang bekas ketua pemuda Gerakan untuk meraikan majlis khas sempena festival tanglung.
Mesyuarat agung tahunan Gerakan akan diadakan di ibu pejabat parti pada 30 September.

