Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Perjelas terma perjanjian sistem saman AES

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan mendedahkan peruntukan dalam perjanjian untuk sistem saman trafik automatik (AES) bagi memastikan ia tidak memihak kepada syarikat terlibat.

NONE Katanya, beliau menimbulkan perkara itu ekoran kenyataan Kementerian Pengangkutan bahawa AES dimiliki kementerian dan bukannya entiti persendirian.

Katanya, kenyataan kementerian tidak menyebut mengenai Beta Tegap Sdn Bhd atau ATES Sdn Bhd yang dikatakan membina dan melaksana sistem tersebut.

"Apa peranan mereka dan jika mereka memang berperanan, apa terma perjanjian itu?" soalnya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan sekiranya kerajaan perlu menampung baki kutipan sekiranya tidak mencapai sasaran RM6 juta setahun.

[Baca berita penuh]

ADS