Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasha gesa LGE tarik balik kenyataan tolak hudud

Ahli politik PAS, Nasharuddin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kerana dilaporkan sebagai berkata DAP menentang undang-undang hudud kerana ia "bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat".

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1 Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen

Bachok itu berkata Lim harus "menarik balik kenyataan tersebut" kerana hudud adalah "wajib bagi umat Islam, bukan pilihan".

Kenyataan Lim itu, tambahnya, melemahkan semangat Pakatan Rakyat, sambil menegaskan bahawa hudud adalah asas kepada perjuangan PAS dan menurutnya, DAP sudah pun mengetahuinya sejak awal lagi.

Menurutnya, parti-parti Pakatan -  PAS, DAP dan PKR - telah berjaya bekerja bersama-sama dalam banyak isu tetapi hudud nampaknya seperti "diketepikan".

Nasharuddin, menegaskan bahawa apa yang dikatakannya itu juga

konsisten dengan pendirian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

NONE Ditanya sama ada beliau menjangka akan berdepan dengan tindakan disiplin kerana komennya itu, bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau hanya menyatakan prinsipnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Lim telah menegaskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada dasar Pakatan.

[Baca berita penuh]

ADS