Pakatan Rakyat bertegas bahawa samannya terhadap tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar perlembagaan.

NONE Menjawab kepada Timbalan Pengersi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah (kanan dalam gambar) berkata mahkamah tertinggi "di seluruh Komanwel" telah membuat keputusan mengenai kes salah laku pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.

"Saya hanya akan menyebut satu di sini - Union Bank of India v Association for Democratic Reform (2005) 5 SCC 294 di mana Mahkamah Agung India, dalam satu cabaran perlembagaan, mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

"Kes ini tidak difailkan sebagai petisyen pilihan raya. India mempunyai sati peruntukan yang sama dengan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kita yang memperuntukkan bahawa cabaran terhadap sesuatu pilihan raya, hanya boleh dilakukan melalui petisyen pilihan raya."

Sivarasa berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

[Baca berita Penuh]