Ia mengambil masa tiga minggu untuk pihak berkuasa membuat keputusan mendakwa seorang ahli Parlimen (MP) DAP, tetapi tiga tahun sudah berlalu sejak Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disiasat berhubung dakwaan menghantar RM10 juta ke luar negara melalui cara yang menyalahi undang-undang, dan beliau masih belum didakwa.

Inilah rungutan MP Seremban Anthony Loke. Beliau telah disampaikan saman mahkamah dan akan didakwa minggu depan kerana dituduh melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 pada 22 Jun.

"Ini adalah pendakwaan terpilih. Banyak MP didakwa atas isu-isu teknikal (seperti tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan).

"Tetapi saya menerima jawapan bertulis dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mengenai (MB) dan ia berkata kertas siasatan telah selesai dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Tiga tahun dan tiada tindakan, tetapi terhadap kita, ia hanya mengambil masa tiga minggu," katanya.

Mohamad (kanan) telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila beliau didakwa menghantar RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang pada tahun 2010.

[Baca berita Penuh]