Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci pada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di Thailand hari ini.

NONE Katanya, golongan tersebut pastinya tidak akan dapat menerima sekiranya terdapat sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu mayat Chin Peng ke negara ini.

"Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan  balu-balu polis dan tentera kepada ketua pengganas komunis yang telah mengorbankan ramai pejuang-pejuang negara yang terdiri dari polis dan tentera semasa darurat. 

"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini .

zainuddin maidin at fiesta merbok 240206 arrogant Mengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata Chin Peng bukan perjuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pemimpin politik dan NGO.

MP Bagan Datoh itu menegaskan bahawa Chin Peng adalah ketua pengganas "yang tidak boleh diterima di bumi ini".

Turut menentang usaha tersebut ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan) yang bimbang sekiranya terdapat pihak yang akan membina tugu bagi memperingati Chin Peng apabila mayat atau abu mayat tersebut dibawa pulang.

Katanya, jenazah tersebut tidak perlu dibawa pulang seperti yang berlaku kepada seorang rakan Chin Peng, Rashid Maidin, yang turut dikebumikan di Thailand.

"Jika nak bawa abunya balik maka kenalah juga gali kubur Rashid Maidin untuk bawa balik jenazahnya.

“Tetapi tidak ada saudara maranya atau orang Melayu yang suarakan demikian kerana mereka hargai sensitiviti rakyat yang setia dan korban perajurit kita," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini .

NONE Mengulas isu sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata beliau percaya Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

Katanya, beliau pasti bahawa Chin Peng akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni anggota gerila itu.

 

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini .

Beliau mengulas kenyataan seorang bekas anggota PKM bahawa berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.

 

ADS