Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2013) bagi memohon belanjawan tambahan berjumlah RM2.39 bilion bagi tahun ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan paling besar yang dicadangkan dalam cadangan tersebut adalah sejumlah RM2.09 bilion untuk Kumpulan Wang Terkanun mencecah RM2.09 bilion dan seterusnya sebanyak RM55.6 juta untuk Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sebanyak RM53.3 juta lagi dicadangkan untuk Jabatan Perdana Menteri, RM50 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan RM46.9 juta untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

[Baca berita penuh]