Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Liputan media asing, iklan pelancongan percuma

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata perhimpunan BERSIH 4 yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan pada hujung Ogos lalu membolehkan kerajaan mendapat iklan bernilai berbilion ringgit secara percuma.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada (agensi berita) CNN, Aljazeera, BBC, kerana menunjuk setiap jam iaitu demonstrasi yang dilakukan oleh baju kuning yang protes kepada perdana menteri.

"Kita mendapat iklan yang bernilai berbilion. Ini menunjukkan Malaysa mengamal demokrasi walaupun (mengkritik) perdana menteri.

"Saya dapat menyelamatkan bilion wang (untuk iklan mempromosi Malaysia). Ini cukup sihat," katanya di Dewan Rakyat.

Nazri menjawab soalan lisan tambahan daripada Liang Teck Meng (BN- Simpang Renggam) sama ada demonstrasi yang diadakan di Malaysia menjejaskan kedatangan pelancongan di Malaysia.

Mengulas lanjut, Nazri (BN-Padang Rengas) berkata demonstrasi yang diadakan termasuk demonstrasi 'baju merah' pada 16 Spetember lalu, tidak menjejaskan industri pelancongan negara.

"Ia tidak menjejaskan (pelancongan) sama ada (demonstrasi) baju kuning atau baju merah.

"Ini kerana bagi pelancong yang datang daripada Amerika Syarikat, Eropah atau Jepun, demonstrasi berlaku setiap hari di negara mereka. Jadi ia tidak ada masalah.

"Lagi pun kita ada Akta Perhimpunan Aman yang membenarkan demonstrasi aman. Jadi pelancong daripada egaa yang berrlaku demonstrasi harian, apa yang mereka rasa takut. Ia normal.

"Tapi kalau baju merah buat, jangan marah," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS