Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pribumi S'wak belanja RM1,500 bagi dapatkan Mykad - aktivis

Kos yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat pribumi Sarawak untuk menjalani prosedur mendapatkan kad pengenalan berjumlah sekurang-kurangnya RM1,500 seorang, kata aktivis tempatan.

Begitupun, mereka mungkin masih lagi tidak mendapat Mykad dan terpaksa berulang alik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Mujan Jok.

Mujan, seorang suri rumah yang menetap di Miri yang mula menjalankan usaha-usaha membantu masyarakat berkenaan untuk mendapatkan Mykad pada 2012 berkata, perjalanan sehala dari kawasan pedalaman ke Miri menelan belanja RM150 seorang.

Para pemohon juga perlu membawa ketua kampung bagi membuktikan mereka menetap di kampung berkenaan yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM300 untuk tambang pergi dan balik.

Selain daripada itu, para pemohon perlu melakukan ujian DNA dengan sanak-saudara untuk membuktikan hubungan kekeluargaan yang menelan kos RM1,000 di kemudahan perubatan awam atau RM1,500 pula di klinik swasta.

"Mereka perlu memperuntukkan lebih daripada RM1,500, mungkin RM2,000," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada forum mengenai isu kad pengenalan di kalangan pribumi Sarawak di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Miri dari PKR, Michael Teo, ujian DNA tersebut boleh dilangkau jika ada bukti kelahiran di negara ini.

Bagaimanapun, agensi kerajaan terbabit memerlukan testimoni dari bidan, sebagai contoh, dengan dalam banyak kes, bidan telah berpindah atau meninggal dunia.

"Mereka kata kanak-kanak mesti dilahirkan di hospital tetapi Orang Ulu yang dilahirkan di dalam hutan dan bidan mungkin menjadi ibu mertua atau kadang-kadang, bidan telah meninggal dunia.

"Adalah mustahil untuk buktikan (kelahiran atau hubungan kekeluargaan) bagi Orang Ulu, jadi, mereka terpaksa melakukan ujian DNA," kata Teo.

Dengan pengurangan bajet Kementerian Kesihatan dan kekurangan dana hospital untuk ujian berkenaan, ujar beliau, masyarakat pribumi kini berdepan kesukaran untuk menjalankan ujian itu di pusat perubatan kerajaan.

Jelasnya, dalam pelbagai kes, ujian dari makmal swasta seperti yang dijalankan di klinik peribadinya telah ditolak oleh JPN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS