Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
47 Orang Asli dibebaskan, lebih ramai khuatir ditahan

Seramai 47 aktivis Orang Asli yang ditahan dalam tindakan keras ekoran pembikinan sekatan anti-pembalakan di Pos Petei, Gua Musang dibebaskan sebentar tadi, kata Jaringan Orang Asli Semenanjung.

Wakil jaringan itu, Nasir Dollah berkata, kesemua mereka dibebaskan di ibu pejabat polis daerah Gua Musang sekitar jam 3.30 petang.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya khuatir lebih aktivis akan ditahan dalam operasi Jabatan Perhutanan berikutan sekatan anti-pembalakan di Pos Pasik di kawasan pedalaman Kelantan hari ini.

"Kami tidak tahu berapa ramai yang telah ditangkap lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, kesemua 47 Orang Asli yang ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah direman antara dua dan tiga hari di Mahkamah Majistret Gua Musang.

Majistret Mohd Faiz Omar mengeluarkan perintah reman itu terhadap Orang Asli berusia antara 18 sehingga 40 tahun itu bagi membantu siasatan polis.

Dalam prosiding itu, seramai 17 Orang Asli ditahan reman dua hari manakala selebihnya selama tiga hari.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki berkata, PAS bersedia untuk berbincang tentang dakwaan penindasan kerajaan negeri Kelantan dalam isu pembalakan dan bantahan Orang Asli di Gua Musang.

Zuhdi memberikan tawaran itu kepada kira-kira 30 aktivis yang berkumpul di luar bangunan ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

PAS kini mengamalkan prinsip "parti menguasai kerajaan" dan sebarang rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Kelantan - yang dikuasai parti itu - beliau sedia menyampaikannya, katanya.

"Kami bersedia mendengar apa saja yang dikemukakan rakyat yang dizalimi.

"(Jika ada) boleh dikemukakan kepada kami. Kalau kami lihat betul ada kezaliman, kami akan nasihatkan kerajaan Kelantan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS