Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam wanita kongsi senarai rakan-rakan 'gatal'

Peguam wanita di negara ini telah ‘mencipta’ cara tidak rasmi untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa seksual sesetengah rakan-rakan sendiri, khususnya pada majlis sosial di kalangan pengamal undang-undang.

Ini termasuk memberi amaran kepada peguam baru tentang rakan-rakan mungkin berpotensi menimbulkan masalah di rangkaian tidak rasmi, kata beberapa peguam wanita kepada Malaysiakini.

Semua peguam yang bercakap dengan Malaysiakini enggan nama mereka didedahkan kerana takut akan akibat atau kesan terhadap kerjaya mereka.

Mereka memilih untuk mendedahkan tentang pengalaman mereka selepas seorang peguam membuat laporan polis yang mendakwa dirinya diraba seorang peguam lain semasa majlis tahunan peguam jenayah pada 22 Jun.

Seorang peguam berkata bahawa sebagai seorang peguam junior, dia diberi amaran berhubung beberapa individu yang mempunyai reputasi berkelakuan tidak sopan atau akan "meraba apabila mabuk", supaya dia boleh mengelakkan mereka semasa perjumpaan sosial.

"Ia sebagai ingatan yang baik, dan apabila saya menjadi senior, saya akan berkongsi nasihat sama dengan lebih ramai peguam muda. Ia ibarat menyampaikan petua atau kebijaksanaan tentang siapa yang harus kamu elakkan," kata seorang peguam yang bercakap tanpa mahu namanya disebut.

Peguam lain menceritakan ada di antara mereka yang akan menghindari acara sosial atau selepas majlis Badan Peguam Malaysia yang rasmi atas sebab yang sama.

"Ia (gangguan) berleluasa, tetapi kamu tidak akan menyedarinya jika kamu bukannya muda atau seorang perempuan," kata seorang peguam.

Senarai lelaki gatal

Seorang peguam muda memberitahu Malaysiakini bahawa dia adalah sebahagian daripada rangkaian tidak formal peguam wanita muda yang mengemaskini satu sama lain ketika mereka menghadapi gangguan.

"Kami mempunyai senarai peguam yang perlu kita hati-hati apabila menghadiri parti, seperti senarai lelaki 'gatal'. Mereka ini kita perlu berhati-hati," kata seorang peguam yang adalah sebahagian daripada rangkaian kumpulan tidak rasmi ini.

Terdapat kurang daripada 10 peguam dalam senarai itu, katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan mereka adalah peguam kanan.

"Apabila kita jumpa mereka (pada majlis) kita bergerak dalam kumpulan dan cuba untuk tidak bertegur dengan mereka," katanya.

Senarai ini dijaga dengan rapi dan hanya dikongsi di kalangan mereka yang dipercayai "kerana kami juga tidak mahu menjejaskan reputasi profesional mereka," katanya.

Katanya, kumpulan itu juga membuat pengawasan terhadap peguam wanita muda atau pelatih dalam kamar dan cuba "menyelamatkan" wanita ini apabila mereka dihampiri oleh individu dalam senarai berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS