mk-logo
Berita
Belum ada ahli parlimen PH diculik lepas isytihar harta, kata menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata kebimbangan anggota parlimen BN berhubung pengisytiharan harta mereka adalah tidak berasas.

Beliau mengulas kenyataan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak mahu mengisytiharkan harta masing-masing atas alasan tindakan itu mungkin menjadikan diri mereka atau keluarga terdekat menjadi sasaran penculik datau diperasugut.

“Menteri telah membuat pengisytiharan pada Oktober (2018) dan semua (aset) telah dipaparkan di portal.

“Sehingga hari ini, tidak ada satu kes peras ugut atau penculikan melibatkan pihak kami dan juga keluarga kami,” kata Liew semasa dalam ucapanya pada program National Stakeholders Consultation On The Right To Information Legislation di Putrajaya hari ini.

“Jadi ketakutan yang digambarkan oleh anggota parlimen itu untuk tidak mengistyiharkan informasi penting ini kepada rakyat adalah tidak berasas,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, tidak sepatutnya harta wakil rakyat menjadi rahsia.

“Ahli Parlimen perlu mengorbankan rahsia itu demi ketelusan dan sikap bertanggungjawab kepada orang ramai.

“Jika maklumat (pengisytiharan aset) tidak didedahkan, speaker boleh mengenakan dakwaan menghina dewan rakyat dan menggantung atau denda mereka," kata Liew.

“Jadi ahli parlimen perlu berkorban dalam isu itu.”

Berkenaan spekulasi bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi tidak mendedahkan keseluruhan asetnya, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkara berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

Dalam pengistyiharannya, Mohamaddin - yang pada awalnya mendakwa tidak mempunyai aset- mengaku telah mengumpulkan RM9,338 pada bulan September lalu dan ini termasuk aset isterinya. Dia kemudian mendakwa satu-satunya aset yang dimilikinya ialah sebuah motosikal berharga RM9,000.

Semalam, Liew umumkan bahawa tarikh akhir bagi ahli parlimen untuk mengisytiharkan aset masing-masing telah dilanjutkan dari 1 Oktober hingga 5 Disember.

Setakat ini, ahli parlimen BN memutuskan untuk tidak mematuhi usul parlimen untuk memaksa mereka mengisytiharkaan aset dengan alasan bahawa ia adalah di luar bidang kuasa parlimen.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan keputusan sama ada mahu atau tidak mengisytiharkan aset kepada ahli parlimen mereka, manakala PAS berkata wakil rakyatnya tidak perlu berbuat demikian kerana telah berbuat demikian kepada parti.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggesa semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan aset mereka melalui akuan bersumpah kepada Speaker Dewan.

Sesiapa yang gagal berbuat demikian akan diheret kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini