Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.05 pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (18 Okt)
Diterbitkan:  Oct 18, 2020 9:40 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt, 14 Okt, 15 Okt16 Okt, 17 Okt

Berikut adalah kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dengan pengumuman terbaru dari semasa ke semasa.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini.


PERNIAGAAN

  •  Celcom Bluecube, Sandakan

Celcom Axiata Berhad, dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan seorang kakitangan di cawangan bluecube di Sandakan, Sabah, disahkan positif Covid-19.

Cawangan itu telah ditutup dan pengesanan kontak sedang dijalankan.

Kata Celcom, semua kakitangannya yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu akan menjalani kuarantin di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Ia turut mengumumkan yang semua kakitangan perkhidmatan yang tidak penting dalam kawasan kritikal Covid-19 akan bekerja dari rumah.

  • Maybank, Tanjung Karang

Seorang kakitangan di bank ini diuji positif Covid-19 hari ini, menurut Sin Chew Daily.

Kakitangan itu dijangkiti korovirus itu dari ahli keluarga yang disahkan positif pada 17 Okt.

Cawangan bank bekenaan ditutup buat sementara waktu berkuat kuasa esok untuk kerja-kerja pembersihan dan pengesanan kontak sedang dijalankan.

  • Old Town White Coffee, 1Utama, Petaling Jaya

Pihak pengurusan cawangan Old Town White Coffee di pusat beli belah 1Utama, Petaling Jaya mengesahkan seorang kakitanannya positif Covid-19 hari ini.

Kakitangan itu dilaporkan bekerja kali terakhir pada 11 Okt.

Cawangan itu kini sudah ditutup sehingga dimaklumkan kelak untuk kerja-kerja pembersihan.

Semua kakitangan di cawangan itu telah dikenakan perintah kuarantin di rumah.

The management of OLDTOWN White Coffee 1 Utama outlet regrets to announce that one of our staff members has tested positive for COVID-19 today, 18 October 2020 (Sunday). Please read the full statement below.

Posted by OLDTOWN White Coffee Malaysia on Sunday, 18 October 2020

  • Alliance Bank, Tawau

Alliance Bank Malaysia Berhad, dalam satu kenyataan, mengesahkan dua orang kakitangannya di cawangan Tawau disahkan positif Covid-19.

Mereka didapati positif setelah semua kakitangan diminta menjalani ujian Covid-19, selepas seorang pengawal keselamatan disahkan positif Covid-19. 

Bank itu ditutup pada 16 Okt bagi membolehkan semua kakitangan menjalani ujian saringan.

Cawangan tersebut telah disanitasi, tapi akan terus ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

  • Plaza Mont’Kiara, Kuala Lumpur

Pemandu kepada seorang penyewa di sini dilaporkan positif Covid-19, seperti dilaporkan Sin Chew Daily.

Memetik satu notis oleh syarikat pengurusan, pemandu itu disahkan positif Covid-19 pada 13 Okt. Kali terakhir dia melawat Plaza Mont’Kiara adalah pada 8 Okt.

Penyewa itu telah disahkan negatif Covid-19, tetapi sedang menjalani kuarantin kendiri wajib sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Ibu pejabat Rotiboy, Rawang

Roti Boy Malaysia menutup buat sementara waktu semua outletnya di seluruh negara hari ini selepas terdapat satu kes Covid-19 di ibu pejabatnya di Rawang.

Dalam satu kenyataan, syarikat roti itu berkata seorang kakitangannya di ibu pejabat Rawang disahkan positif Covid-19 pada 17 Okt.

Katanya, kakitangan itu tidak datang bekerja sejak 9 Okt.

Syarikat itu berkata ibu pejabatnya telah ditutup untuk kerja pembersihan dan ia mahu menutup juga semua outletnya sebagai langkah berjaga-jaga.

PUSAT PERUBATAN

  • Sunway Medical Velocity, Cheras

Pusat perubatan itu, dalam satu kenyataan semalam berkata, ia mengesan dua pesakit Covid-19 menerusi saringan wajib sebelum pembedahan.

Kes itu melibatkan seorang pesakit dan penjaganya. Mereka disahkan positif Covid-19 pada 16 Okt dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari sama untuk mendapatkan rawatan.

“Semasa diwadkan sebelum pembedahannya di Sunway Medical Centre Velocity, pesakit itu diletakkan di bilik satu katil dan (dia) tidak meninggalkan bilik tersebut.

“Langkah kawalan penyakit yang ketat di pihak kami telah memastikan semua usaha pencegahan diambil, dan semua kakitangan yang merawat (pesakit) dilengkapi dengan alatan perlindungan peribadi,” katanya lagi.

At Sunway Medical Centre Velocity, transparency to our stakeholders, patients and staff has always been our code of...

Posted by Sunway Medical Velocity on Friday, 16 October 2020

INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Melaka Manipal Medical Collage (kampus Muar)

Dalam satu kenyataan, kolej itu mengesahkan seorang pelajar di kampus Muar positif Covid-19.

Katanya, semua kontak rapat pelajar berkenaan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Semua kelas akan diadakan secara dalam talian untuk seminggu dan semua penghuni kampus tidak dibenarkan bergerak secara bebas.

Semua pelajar dan kakitangan kampus turut diminta untuk tetap di Muar dan tidak bergerak keluar daerah buat masa ini.

  • SMK Labuan

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari guru-guru yang terlibat dalam kelas petang di Blok K sekolah itu dari 1 Oktober hingga 16 Okt untuk melakukan ujian Covid-19.

Ini setelah seorang pelajar disahkan positif Covid-19.

KEDIAMAN

  • Prima Midah Heights, Cheras

Seorang penghuni Blok A positif Covid-19, seperti dilaporkan China Press berdasarkan satu notis oleh syarikat pengurusan pada 16 Okt.

Notis itu berkata syarikat pembersihan telah melakukan sanitasi di semua kawasan yang mungkin tercemar di Blok A dan kawasan-kawasan umum.

  • Taman Ehsan Jaya, Klang

Seorang penghuni di sini disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke hospital pagi ini, menurut laporan Sin Chew Daily.

Ia memetik satu notis oleh persatuan penduduk Taman Ehsan Jaya yang turut mengucapkan terima kasih buat para penduduk yang sudi berkongsi maklumat berkenaan dan menggesa mereka untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Lihat Komen
ADS