Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 6.45pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (28 Nov)

Senarai terdahulu: 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 21 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


KEMUDAHAN AWAM

  • Masjid Alimsah Waley di Lebuh Chulia, Pulau Pinang

Pejabat Agama Daerah Timur Laut mengeluarkan arahan kepada pihak masjid mengenai satu kes positif yang hadir untuk solat Jumaat pada 20 Nov.

Ekoran pengesanan itu masjid terbabit bersetuju menangguhkan semua aktivitinya untuk sementara waktu.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Petempatan contoh Setia Fontaine di Kepala Batas, Pulau Pinang

Seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di premis itu dikesan positif Covid-19. Ia berdasarkan kepada notis yang dipaparkan syarikat itu di Facebook hari ini.

Pekerja terbabit dilaporkan bertugas di situ kali terakhir pada 24 Nov.

Dengan adanya kes itu petempatan contoh itu ditutup untuk sementara waktu. Syarikat pemaju terbabit juga mengambil keputusan menutup satu lagi premis Setia Experience Centre di Setia Fontaines sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Premis perniagaan di Bentong, Pahang

Majlis Perbandaran Bentong pada 25 Nov mengeluarkan pemberitahuan mengenai lima premis perniagaan di daerah itu ditutup selama dua hari.

Ia dipercayai terjejas oleh beberapa kes Covid-19 dan penutupannya diarah dibuat mulai 25 Nov hingga 27 Nov.

  1. Premis yang diarahkan tutup sementara ialah:
  2. TF Value-Mart Bentong di Jalan Tras
  3. TF Value-Mart Bentong Jalan Jalan Ah Peng
  4. Restoran Lemang To'ki 2
  5. Restoran Marrybrown di Skyavenue Genting
  6. 7-Eleven di Skyavenue Genting.

Pihak berkuasa tempatan itu juga mengarahkan pemilik premis berkenaan proses nyah kuman serta-merta.

  • Puspakom Sandakan

Syarikat pemeriksaan kenderaan itu mengeluarkan kenyataan memberitahu seorang kakitangannya dikesan positif Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.

Justeru semua petugas Puspakom cawangan Sandakan diarah menjalani ujian saringan dan mana-mana daripada mereka merupakan kontak rapat dengan pesakit terbabit dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari.

Puspakom Sandakan juga akan ditutup mulai 30 Nov sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-2052 7465, 03-5-2052 7464 atau 03-2052 7322.

  • Tiong Nam Logistics Holdings Bhd, Johor

Menurut laporan New Straits Times, 27 kakitangan yang bekerja di gudang ini dijangkiti Covid-19.

Ia dikesan semasa ujian saringan dijalankan ke atas 267 petugas dan pekerja kontrak di antara 23 hingga 26 Nov.

Ekoran itu operasi kemudahan terbabit dan semua kenderaan sokongan digantung untuk proses nyah kuman. Mereka juga meluaskan saringan ke atas semua 556 pemandu trak.

  • HeroMarket Alam Megah, Sek 27 Shah Alam

Seorang pekerja sambilan disahkan positif pada 27 Nov dan sedang menerima rawatan.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan semalam, kali terakhir pekerja terbabit berada di premis berkenaan ialah pada 25 Nov.

Premis berkenaan kini ditutup untuk membolehkan proses sanitasi dan pembersihan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

[Akan terus dikemas kini]

Lihat Komen
ADS