Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senarai terdahulu: 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 23 Nov | 25 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex Jaya, Kulai, Johor

Tiga kes Covid-19 dikesan di sini semalam, kata Pejabat Kesihatan Kulai.

  • Jalan Bangau, Bandar Putra, Kulai, Johor

Kes Covid-19 dikesan di sini semalam, kata Pejabat Kesihatan Kulai.

  • Kampung Menunggui, Kota Belud, Sabah

Mereka yang menghadiri kenduri arwah 100 hari di kampung ini pada 21 November diminta untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.

Pejabat Kesihatan Kota Belud memberikan pemeriksaan percuma bagi mereka yang terjejas di Pondok Belia Kampung Karang Benai hari ini, dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.


PREMIS KERAJAAN

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), Putrajaya

Seorang pegawai Tourism Malaysia, yang bertugas di ibu pejabat Motac, didapati positif Covid-19, kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, semua pegawai dan kakitangan di Motac telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah.

Bangunan ini juga telah dibersihkan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri tidak mempunyai kontak rapat dengan petugas yang dijangkiti dan ujian swabnya negatif.

[Senarai ini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS