Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.30 pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (12 Nov)

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


KEDIAMAN

  • Regina Residence USJ 1, Subang Jaya, Selangor

Badan pengurusan bersama kondominium berkenaan memaklumkan pada 10 Nov bahawa seorang penduduk positif Covid-19. Ia telah mengarahkan agar lif, lobi dan kawasan umum lain dibersihkan.

  •  Jalan Kasah, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Mezze Bistro and Lounge menafikan khabar angin bahawa pengawal keselamatan yang bekerja di bistro itu disahkan positif Covid-19. Sebaliknya, ia berkata pengawal keselamatan berkenaan tinggal di sebuah rumah di Jalan Kasah yang berdekatan tetapi bukan berhadapan dengan bistro berkenaan seperti yang didakwa.


RUMAH IBADAT

  • Masjid Kariah Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan

Seorang jemaah yang menghadiri solat Jumaat di sini minggu lalu disahkan positif.

Penduduk tempatan mengambil inisiatif membersihkan masjid ITU awal minggu ini, selepas mengetahui seorang jemaah disaring kerana kemungkinan dijangkiti Covid-19.


PEJABAT KERAJAAN

  • Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur

Menurut Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, kes positif Covid-19 dikesan di Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur.

Pejabat itu kini ditutup buat sementara waktu sehingga Ahad ini.


KEDIAMAN

  • Kondominium Sri York, Georgetown Pulau Pinang

Badan pengurusan kondominium dalam notis bertarikh 11 Nov memaklumkan seorang penduduk di Blok 29 disahkan positif Covid-19.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah menjalankan aktiviti pembersihan. Mereka juga meminta penduduk melakukan penjarakan fizikal, selalu memakai pelitup muka ketika berada di tempat orang ramai dan menggunakan sanitizer yang disediakan di kawasan awam.


PERNIAGAAN 

  • Kilang Infineon, Melaka

Sekurang-kurangnya 13 pekerja di kilang Infineon di Batu Berendam, Melaka diuji positif Covid-19 pada 10 Nov.

Menurut seorang pekerja yang tidak mahu disebutkan namanya, syarikat itu telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan ujian swab pada semua pekerja dan membersihkan kawasan sekitar yang dilalui pekerja terbabit.

  • C-Pak Cergas, Taman Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan

Kilang pembungkusan ini ditutup buat sementara minggu lalu setelah pekerjanya didapati positif Covid-19.

Pekerja berkenaan adalah sebahagian daripada kluster Cergas, yang mempunyai 503 kes setakat 11 November.

Namun, diketahui bahawa kes yang dikesan di kilang lain di taman perindustrian yang sama juga termasuk dalam kluster Cergas.

Mereka termasuk pekerja pengeluar sarung tangan Careplus Sdn Bhd, yang pada 10 November mengumumkan bahawa ia telah menutup sementara kilang di sana kerana jangkitan Covid-19 dan sedang memeriksa semua 2,000 kakitangannya.

[Senarai terkini akan dikemaskini]


Lihat Komen
ADS