Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.15pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (18 Nov)

Senarai 14 hari terdahulu: 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov 

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

  • Lokasi terkini yang ditambah: Padini Concept Store di Ipoh.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman sesawang khas dibangunkan Kini News Lab ini.


PETEMPATAN

  • Apartmen Relau Vista, Pulau Pinang

Menurut laporan Kwong Wah Daily, pihak pengurusan kediaman ini mengeluarkan notis 17 Nov untuk memaklumkan ada seorang penghuninya dijangkiti Covid-19.

Menurut notis berkenaan, semua penghuni yang memasuki kawasan apartmen terbabit diwajibkan mengambil suhu badan serta memakai pelitup muka.

  • Menara Greenview, Pulau Pinang

Pemakluman mengenai adanya kes positif Covid-19 dikeluarkan pada 17 Nov, lapor Kwong Wah Daily.

Ekoran itu pihak pengurusan mengarahkan penghuni mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard bagi mengelak penyebaran Covid-19.

  • Pavilion Residences, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan kediaman mewah ini mengeluarkan notis semalam memaklumkan bahawa dua pekerja perkhidmatan pembersihan luar telah diuji positif untuk Covid-19.

Menurut notis yang disampaikan kepada Malaysiakini, pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti pembasmian kuman di kawasan umum sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud

Perkampungan ini diletakkan di bawah PKPD kerana lonjakan kes di kawasan itu, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

PKPD akan berlangsung dari 19 November hingga 3 Disember dan memberi kesan kepada 1,740 penduduk, katanya.

Sehingga 17 November, sebanyak 36 kes dikesan di kedua-dua lokasi, katanya.

  • Zon B dan C Taman Meru 2C, Ipoh

Kawasan-kawasan ini diletakkan di bawah PKPD kerana lonjakan kes di, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

PKPD akan berlangsung dari 20 November hingga 3 Disember dan memberi kesan kepada 2,288 penduduk, katanya.

Sehingga 16 Nov, sebanyak 76 kes daripada 938 individu yang disaring positif Covid-19, katanya.

  • Pangsapuri Vista Saujana, Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur

China Press melaporkan bahawa seorang penduduk di pangsapuri ini positif Covid-19.

Pihak pengurusan pangsapuri dikatakan telah menghantar notis mengenai perkara tersebut yang mengatakan bahawa kerja pembersihan akan bermula esok.


PUSAT PERNIAGAAN

  • Padini Concept Store, Station 18 Ipoh, Perak

Dalam kenyataan dibuat Padini Holdings Bhd (Padini), mereka dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 16 Nov beberapa pengunjung dikesan positif Covid-19.

Mereka dikesan berkunjung ke kedai itu pada 30 Okt dan 12 Nov.

Ekoran itu, Padiri melaksanakan proses nyah kuman dan pembersihan di premis terbabit.

Semua pekerjanya di situ juga menjalani ujian calitan pada 17 Nov sebelum diarah melakukan kuarantin selama 14 hari.

  • Common Ground Mutiara Damansara (CGMD), Petaling Jaya

Semalam CGMD mengeluarkan notis memaklumkan pelanggan mereka, salah seorang penyewa kemudahan di situ dikesan positif Covid-19.

Menurut CGMD, individu terbabit datang ke situ pada 12 Nov dan dibenarkan memasuki premis terbabit selepas suhu badannya diambil.

Dia bagaimanapun meninggalkan CGMD beberapa jam kemudian apabila berasa tidak sihat sebelum menjalani ujian Covid-19 pada 16 Nov.

CGMD ditutup hari ini sehingga 20 Nov untuk proses nyah kuman dan pembersihan.

Syarikat itu berkata mereka turut menghantar pekerja di situ untuk melakukan ujian saringan.

  • Restoran Murni Discovery cawangan Cheras, Kuala Lumpur

Cawangan ini dikesan mempunyai satu kes positif membabitkan kakitangannya pada 14 Nov.

Ujian saringan yang dijalankan kemudian menunjukkan enam lagi kakitangan syarikat terbabit juga dijangkiti.

Semua cawangan Murni Discovery ditutup pada 15 Nov untuk proses nyah kuman dan hanya akan dibuka semula apabila dinyatakan kemudian.

[Akan terus dikemas kini]

Lihat Komen
ADS