Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov |12 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


kemaskini 10pm

FASILITI KESIHATAN

  • Klinik Dr Akmal Saleh, Bandar Merlimau Utara, Melaka.

Poliklinik ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman mulai semalam, setelah seorang pesakit positif Covid-19.

Pesakit itu dipercayai salah satu daripada 10 kes dalam kluster BMU yang diumumkan hari ini.

Kakitangan klinik telah diperiksa, dengan enam ujian negatif setakat ini, kata poliklinik itu.

  •  Hospital Lahad Datu, Sabah

Menurut Kementerian Kesihatan, enam kakitangannya yang bertugas di hospital ini adalah kes indeks kluster Haven.

Sehingga tengah hari semalam (Khamis), kluster ini merekodkan 12 kes positif.

Berdasarkan catatan Facebook seorang doktor di hospital berkenaan yang menjadi tular, kakitangan yang dijangkiti merupakan doktor dan pembantu perubatan.


KEDIAMAN

  • Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul, Kuala Lumpur

Satu kes dikesan di Blok C pada minggu lalu, kata Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.

Menurut pemberitahuan kepada penduduk, pembasmian kuman di kawasan umum dan kedai runcit dilakukan pada 10 November.

  • The Peak Residences, Tanjong Bungah, Pulau Pinang

Seorang penduduk Blok C diuji positif, kata pengurusan dalam notis kepada penghuni semalam.

Pembersihan dan pembasmian kuman dibuat di kawasan yang mungkin terdedah virus.

  • Kondominium PV10 Platinum Lake, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur

Seorang penduduk Blok C Tingkat 22 diuji positif Covid-19 semalam, kata notis pengurusan kepada penghuni.

Syarikat pembasmi kuman profesional telah dilantik untuk membersihkan Blok C dan ruang umum lain termasuklah, pondok pengawal keselamatan, lobi lif, pejabat pengurusan, surau dan tandas awam.


FASILITI KERAJAAN

  • Lokap Polis Petaling Jaya

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal hari ini berkata dia  diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari hingga 23 Nov, setelah mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan yang diuji positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Nik Ezanee berkata terdapat tujuh lokap di bawah seliaan pihak polis Petaling Jaya, namun tidak menyatakan lokap mana yang terjejas.

Semua tahanan di lokap yang terjejas telah diuji dan diasingkan sementara menunggu keputusan.

[Senarai terbaru akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS