Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 11.30pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (16 Nov)
Diterbitkan:  Nov 16, 2020 11:34 AM
Dikemaskini: 3:28 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov |12 Nov |13 Nov | 14 Nov | 15 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


KEDIAMAN

  • East Tower Gurney Paragon Residence, Pulau Tikus, Penang

Seorang pemilik hartanah di sini disahkan positif, menurut pihak pengurusan dalam satu notis hari ini.

Kerja nyahkuman telah diadakan di semua kawasan yang mungkin terjejas, kata bada pengurusan bersama (JMB).

Kondominium itu terleta dalam kompleks sama dengan pusat beli-belah Gurney Paragon.

  • Pangsapuri Seri Kasturi, Setia Alam

Seorang penduduk disahkan positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh 13 Nov.

Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan di kawasan terjejas sementara Kementerian Kesihatan sedang melakukan penjejakan kontak.

  • Pangsapuri Seroja Setia Alam

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 13 Nov bahawa seorang penduduk positif Covid-19. Kerja-kerja sanitasi telah dilakukan di pangsapuri berkenaan.

  • Felda Gugusan Waha, Kota Tinggi, Johor

Seorang penduduk dari Felda Gugusan Waha didapati positif pada 14 Nov.

Sejumlah kedai di daerah ini dilaporkan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. 

Sebilangan  pengusaha makanan melakukan penghantaran terus ke rumah pelanggan mereka.

  • Taman Kumbar Permai, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Seorang penduduk di Blok 4 diuji positif semalam, kata badan pengurusan bersama kediaman itu.

Kes itu adalah sebahagian daripada Kluster Intan.

Semua kemudahan umum termasuk kolam renang, padang bola dan taman permainan ditutup.

  • Pangsapuri Suria Rafflesia, Setia Alam, Selangor

Seorang penduduk Blok B didapati positif hari ini, kata pihak pengurusan dalam notis kepada penduduk.

Semua kawasan awam telah dibersihkan, sementara pembasmian kuman sedang dilakukan, kata notis itu.

Ini adalah kes kedua di pangsapuri berkenaan bulan ini, dengan yang pertama dilaporkan di Blok A pada 8 November.


TAPAK PEMBINAAN

  • Parc 3, Kuala Lumpur

Eupe Corporation Berhad mengesahkan "sejumlah" pekerja di tapak  pembinaan Parc3 di Kuala Lumpur positif Covid-19.

Tapak pembinaan itu telah ditutup manakala tempat tinggal pekerja dan pejabat di tapak berkenaan telah dibersihkan.

Pekerja yang diuji negatif juga dikuarantin di kemudahan kuarantin yang diluluskan oleh kerajaan, kata syarikat itu.

Syarikat itu juga berkata kerja-kerja kerja di lokasi hanya akan disambung semula setelah proses kuarantin selesai.

  • Tapak pembinaan Alila Resort, Tuaran, Sabah

Kluster di kalangan pekerja di tapak pembinaan ini telah dikenal pasti, menurut jurucakap Covid-19 Sabah, Masidi Manjun.

Kluster Alila setakat ini memiliki 34 kes.

  • Tapak pembinaan The Shore, Kota Kinabalu, Sabah

Kluster di kalangan pekerja di tapak pembinaan telah dikenal pasti, menurut Masidi Manjun.

Dinamakan kluster Plaza, ia setakat ini mencatatkan 12 kes.


PERNIAGAAN

  • Uniqlo, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di cawangan ini disahkan positif pada 15 Nov. Maka cawangan ditutup sementara sehingga makluman lanjut, untuk kerja nyahkuman.


RUMAH IBADAT

  • Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut, Terengganu

Masjid ditutup tiga hari bermula hari ini untuk kerja nyahjangkitan, setelah kes Covid-19 dikenal pasti di kalangan jemaah.

Pesakit hadir untuk sembahyang Jumaat di sini pada 13 Nov.

Menurut SOP di negeri ini, sembahyang jemaah dibenarkan bagaimanapun di zon merah, jumlah jemaah dihadkan kepada tiga orang sahaja.

Setakat 15 Nov, semua daerah di Terengganu dikategorikan sebagai zon hijau kecuali Dungun dan Marang, yang masing-masing mencatatkan 11 dan satu kes sejak dua minggu lalu.

Lihat Komen
ADS