Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi terkini kes Covid-19 (17 Nov)
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 8:46 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov |12 Nov |13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


PERNIAGAAN

- Auliah Store, Kedai Baja Yun Min Hin dan Mustak Trading, Lahad Datu, Sabah

Individu yang mengunjungi salah satu daripada tiga premis tersebut dari 29 Okt hingga 17 Nov diminta menjalani saringan Covid-19.

Ini untuk mengesan mereka yang mungkin mempunyai kontak dengan pesakit yang pernah mengunjungi lokasi tersebut, kata Pejabat Kesihatan Lahad Datu.

Saringan akan diadakan dari jam 2-4 petang dari 18 hingga 20 Nov di Astaka Taman Bandaran.

  • Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed, Butterworth, Pulau Pinang

Notis dari pengurusan memaklumkan dua pekerja disahkan positif Covid-19 ketika menjalani kuarantin, pada 16 Nov.

Restoran ditutup sehingga makluman lanjut, untuk kerja pembersihan dan pengesanan kontak.

Pada 6 Nov, restoran itu berkata seorang pelanggan yang positif Covid-19 ke premis pada 4 Nov, yang menyebabkan dua pekerja itu, dengan lima pekerja lain, menjalani kuarantin. Bagaimanapun, ujian pada masa itu menunjukkan mereka negatif.


PEJABAT

  • Maybank cawangan Greenlane, Pulau Pinang

Cawangan tersebut telah ditutup sejak semalam selepas seorang kakitangan menjadi kontak rapat kes positif.

Maybank dalam notisnya menjelaskan bahawa pesakit tersebut bukan pekerja bank dan kontak berlaku di luar premis.

Cawangan bank itu ditutup sehingga makluman lanjut bagi proses pembersihan. Pegawai komunikasi korporat Maybank turut mengesahkan hal itu.


KEDIAMAN

  • Menara Manjalara, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok F positif Covid-19. Mereka yang tinggal di unit yang sama kini sedang menjalani kuarantin.

Dalam notis yang dihantar kepada penduduk hari ini, pihak pengurusan berkata  semua kawasan yang terjejas telah dibersihkan.

  • Taman Seri Bidara, Tampin, Negeri Sembilan

Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya dua kes positif di kawasan ini.

Minggu lalu, masjid yang terletak satu kilometer dari taman ini telah menjalani proses pembersihan seleas seorang jemaah didapati positif Covid-19.

  • Summer Place, Sungai Pinang, Pulau Pinang

Satu kluster dikenal pasti di kondominium ini, dengan kes indeks dikesan pada 10 Nov lalu.

Pada 11 Nov lalu, pihak pengurusan dalam notisnya menyatakan beberapa penduduk sedang menjalani kuarantin selepas terdedah dengan pesakit Covid-19.

  • Kondominium Desaria Villa, Puchong, Selangor

Pihak pengurusan telah mengesahkan terdapat dua kes Covid-19 yang melibatkan dua unit kediaman pada 12 Nov.

Sekurang-kurangnya 15 orang mendiami kediaman itu dan mereka diarahkan untuk kuarantin kerana dikira sebagai kontak rapat.

  • Kondominium Desa Bistari , Sungai Nibong, Pulau Pinang

Pihak pengurusan mengesahkan terdapat seorang penduduk di blok B disahkan positif pada 15 Nov lalu.

Dalam satu notis bertarikh 16 Nov, pihak pengurusan berkata jabatan kesihatan telah melakukan langkah pembersihan sewajarnya. Mereka turut menggesa penduduk untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

[Senarai akan dikemaskini]

Lihat Komen
ADS