Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 10.40PM | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (21 Nov)

Senarai 14 hari terdahulu: 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman sesawang khas dibangunkan Kini News Lab ini.


PERNIAGAAN

  • Uniqlo, Empire Subang Gallery, Selangor

Seorang kakitangan pemis ini positif semalam, kata syarikat pakaian itu.

Premis ditutup buat sementara waktu untuk memudahkan proses pembasmian kuman.


KEDIAMAN

  • Taman Saleng dan Kg Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor

Terdapat satu kes baru Covid-19 di kedua-dua kawasan ini, menurut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulai.

  • Taman Anjaria, Felda Taib Andak, Kulai, Johor

Terdapat satu kes positif dikenal pasti di sini, menurut PKD Kulai.

  • Taman Kumbar Permai, Bayan Lepas

Satu lagi kes Covid-19 dikesan di kalangan penduduk di sini pada 20 November. Ini menjadikan kes terkumpul di pangsapuri ini kini menjadi dua kes.

Pesakit terbaru itu sudah dimasukkan ke Hospital Umum Pulau Pinang.

  • Taman Senai Utama dan Gunung Pulai, Johor

Terdapat dua kes yang dikesan di sini, dengan satu mengakibatkan kematian.

  • Jalan Mewah Utama, Bandar Putra, Kulai

Terdapat satu kes Covid-19 yang disahkan di sini.


KAWASAN LAIN

  • Jalan Highway Kulai, Johor

Satu kes positif dikenal pasti di sini, menurut PKD Kulai.



Lihat Komen
ADS