Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 6.00pm | Lokasi terkini positif Covid-19 (19 Nov)

Senarai 14 hari terdahulu: 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman sesawang khas dibangunkan Kini News Lab ini.


PETEMPATAN

  • Kondominium Puteri Palma, Seri Kembangan, Selangor

Seorang penghuni blok J dikesan positif semalam, kata pihak pengurusan. Bagaimanapun anggota keluarga individu terbabit didapati negatif namun sedang menjalani kuarantin kendiri.

Pihak pengurusan juga mengarahkan agar kawasan awam di situ disanitasi lebih kerap.

  • Kondominium Puteri Palma, Seri Kembangan, Selangor

Seorang penduduk di Blok J diuji positif semalam, kata pihak pengurusan.

Keluarga penduduk berkenaan diuji negatif tetapi kini menjalani kuarantin kendiri.

Pihak pengurusan telah mengarahkan kawasan umum dibersihkan lebih kerap.

  • Pangsapuri Aliran Damai di Cheras, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan pangsapuri mengeluarkan notis pada hari Sabtu 14 Nov 2020 yang memberitahu penduduk bahawa terdapat kes positif Covid-19 di lokasi tersebut, dan pesakit itu dibawa dengan ambulans pada malam sebelumnya.

Berikutan itu, pihak pengurusan mengenakan larangan sementara untuk semua pelawat dan kontraktor, kecuali perkhidmatan penting sahaja.

Semua kemudahan awam di apartmen seperti kolam renang dan taman permainan juga ditutup. Mereka juga melakukan aktiviti pembersihan di tempat tersebut.

  • Kondominium Magna Ville di Selayang, Selangor

Kes positif telah dikesan di beberapa unit di Blok A, B dan C kemudahan kediaman ini yang terletak berhampiran Lebuhraya Kepong-Selayang.

Difahamkan, ada penduduk yang telah selesai menjalani tempoh kuarantin 14 hari.

Pengunjung luar dilarang masuk ke kawasan kondominium ini dalam temph perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) .

  • Pangsapuri D'Aman Ria, Petaling Jaya

Seorang penduduk di pangsapuri ini diuji positif Covid-19 pada hari Selasa dan sejak itu dia sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh badan pengurusan pangsapuri bertarikh 18 November, mereka menutup premis untuk semua pengunjung dan kontraktor selama 14 hari.

Mereka juga melakukan kerja pembersihan di semua kawasan umum pangsapuri.


PUSAT PERNIAGAAN

  • Vintry Damansara, Jalan Kasah, Kuala Lumpur

Dua kakitangan dikesan positif, kata pihak pengurusan kedai bar wain dan restoran itu.

Justeru semua pekerja diarahkan menjalani ujian saringan selepas satu kluster dikesan di Jalan Kasah.

Kedua-dua pekerja yang positif itu tidak menunjukkan sebarang simpton dan kali terakhir masing-masing melaporkan diri untuk bertugas ialah pada 16 Nov dan 17 Nov.

Vintry Damansara dan syarikat berkaitannya, Stoked Restaurants serta Toji Sake Bar juga ditutup sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

  • CPI Penang Sdn Bhd, Zon Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang

Seorang pekerja syarikat ini disahkan positif Covid-19 pada 16 Nov.

Dia dipercayai dijangkiti daripada salah seorang ahli keluarganya.

Dengan perkembangan itu semua pekerja diarah menjalani ujian calitan dan pada masa sama proses nyah kuman dilakukan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun proses pengeluaran kilang tidak terganggu, kata syarikat terbabit.

  • Celebrity Fitness Quill City Mall, Kuala Lumpur

Difahamkan, gimnasium ini diberitahu mengenai kes Covid-19 awal minggu ini.

Ketika dihubungi pagi ini, seorang kakitangan mengatakan bahawa kerja pembersihan telah dilakukan di premis pada hari yang sama mereka dimaklumkan berhubung kes Covid-19 berkenaan.

Operasi gimnasium tidak terjejas.

  • Maybank cawangan Kubang Kerian, Kelantan

Bank itu mengeluarkan notis bertarikh hari ini, dengan mengatakan bahawa seorang kakitangan cawangan tersebut dikenal pasti sebagai kontak rapat PUI (orang yang disiasat) Covid-19.

Dikatakan bahawa kontak itu berlaku di luar premis.

Berikutan itu, cawangan bank ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Gambar notis itu tular di media sosial.

  • Kilang pembuatan Jabil Batu Kawan, Pulau Pinang

Menurut laporan oleh China Press, syarikat itu telah mengeluarkan notis yang mengatakan bahawa salah seorang pekerjanya yang bekerja di kilang Jabil Batu Kawan diuji positif Covid-19 semalam (18 Nov).

Namun, kakitangan tersebut tidak datang bekerja sejak 13 Nov.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah memulai kegiatan pengesanan kontak, dan mengambil inisiatif untuk menutup kilang selama satu hari untuk pembasmian kuman.

  • Maybank cawangan Pasir Puteh Ipoh, Perak

Cawangan bank ini ditutup buat sementara waktu mulai hari ini sehingga diberitahu kelak.

Menurut China Press, bank tersebut menampal notis di premisnya yang mengatakan bahawa seorang kakitangan telah dikenali sebagai kontak rapat PUI (orang yang disiasat) Covid-19 baru-baru ini.

  • Pecca Group Berhad, Kepong Kuala Lumpur

Syarikat pembuat produk kulit untuk sarung kerusi kereta itu hari ini melaporkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahawa beberapa pekerja di bawah anak syarikatnya, Pecca Leather Sdn Bhd, disyaki mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Berikutan itu, syarikat yang beroperasi di Industri Desa Aman di Kepong, Kuala Lumpur, itu mengadakan ujian saringan untuk semua pekerjanya pada hari Selasa, 17 November.

Ujian ini setakat ini mendapati seorang pekerja positif.

Pecca Group sejak 17 Nov menghentikan operasi pengeluarannya dan memerintahkan semua pekerja bekerja dari rumah. Kerja pembersihan juga dilakukan di premis syarikat.

[Akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS