Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov |12 Nov |13 Nov | 14 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


kemaskini 7.20pm

TAPAK PEMBINAAN

  • Tapak pembinaan Pavilion Damansara Heights, Damansara, Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 460 kes positif Covid-19 baru yang berkaitan dengan Kluster Tapak Bina Damanlela, menjadikan jumlah kluster itu meningkat kepada 747 kes hingga kini.

Dipercayai tapak pembinaan Pavilion Damansara Heights, yang terletak di Jalan Damanlela, dihubungkan dengan kluster ini.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan tapak pembinaan ini sebagai salah satu lokasi yang terjejas Covid-19 pada 7 November, ketika KKM pertama kali mengumumkan Kluster Tapak Bina Damanlela.


KEDIAMAN

  • Taman Universiti, Kajang, Selangor

Difahamkan, seorang wanita yang tinggal di Jalan Cerdik 4 diuji positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 14 November.

Menurut sumber, wanita itu dikatakan sebagai sebahagian daripada Kluster Danau.

Sehingga Jumaat, 13 Nov, pihak berkuasa kesihatan telah memeriksa 1,674 individu semasa melakukan aktiviti pengesanan kontak yang berkaitan dengan kluster tersebut, dengan 15 setakat ini didapati positif

[Senarai ini akan di kemas kini]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS