Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hari penamaan calon pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) yang berlangsung hari ini dipanaskan dengan perang mulut kedua-dua pihak yang bertanding.

Menariknya, sahut-menyahut antara kumpulan pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa - seolah-olah mewujudkan sebuah irama.

um universiti malaya campus polls 140109 10 Kira-kira 150 penyokong pro-Mahasiswa yang berpakaian oren melaungkan slogan "hidup mahasiswa", "bantah rasuah", "Gerak rasuah", "bongkar rasuah", "hope and change" dan "yes, we can can".

Sementara itu, kumpulan Penggerak Mahasiswa yang berpakaian hitam menjawab dengan slogan "fitnah, fitnah, cakap lebih buat tak ada", "hapus fitnah", dan "hancur politik luar".

Mereka diasingkan kira-kira tujuh meter di antara bangunan Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Kompleks Perdana Siswa.

um universiti malaya campus polls 140109 05 Penyokong kedua-dua kumpulan bertanding - sebahagian besarnya mahasiswi - sebelum itu berkumpul di dua tempat berasingan kira-kira 200 meter daripada tempat penamaan calon di kompleks berkenaan.

Sejak jam 8.30 pagi tadi, kumpulan pro-Mahasiswa berkumpul di padang fakulti kejuruteraan bertentangan dengan tasik Varsiti.

Mereka bergerak bergerak bersama calon ke tempat penamaan calon dan tiba kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Sementara itu, kumpulan Penggerak Mahasiswa berkumpul di tempat letak kenderaan di belakang Jabatan Kimia, Fakulti Kejuruteraan. Mereka bergerak dan sampai lebih awal ke tempat tersebut.

Calon-calon mereka sebaliknya tidak turut sampai dan hanya kelihatan memasuki bangunan tempat penamaan calon kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Apabila kesemua calon bertanding kedua-dua belah pihak masuk untuk mendaftar sebagai calon, penyokong masing-masing berhenti bersorak.

Pro-Mahasiswa kali ini menggunakan tema "Hope and Change" manakala Penggerak Mahasiswa mengekalkan temo tradisi mereka "UM is One".

ADS