Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

hishammuddin hussein ppsmi languanges debate issue 260209 05 "Kalau kita di peringkat pengubalan dasar, (maka) bolehlah kita debat, tak ada masalah.

"Tetapi kita sedang dalam peringkat hendak mengubahsuai dasar sedia ada dan memikirkan kaedah yang baru.

"Sebelum ini, perbincangan meja bulat pun telah diadakan. Saya pun telah beritahu sebelum ini di Parlimen bahawa pelbagai pilihan telah diketengahkan.

"Jadi, di peringkat yang kita berada hari ini, (maka) nak debat apa lagi. Lebih baik mereka (Pemuda PAS) berikan cadangan dan pandangan," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.

Sehubungan itu, Hishammuddin yang juga menteri pelajaran menggesa Pemuda PAS supaya mengemukakan cadangan kepada kementeriannya berhubung dasar tersebut.

Perbincangan meja bulat

"Jemputan kepada mereka untuk ke persidangan meja-meja bulat telahpun dipanjangkan. Kalau tak salah saya pihak PAS pun hadir sama.

"Jadi debat untuk apa. Bagi saya dalam konteks dah sampai ke peringkat akhir rumusan kita, panjangkan padangan-pandangan mereka supaya diambilkira.

hishammuddin hussein ppsmi languanges debate issue 260209 06 "Lainlah kalau nak cari publisiti, nak cari populariti, tapi hal-hal berhubungkait dengan masa depan anak kita, nak debatkan suatu yang telah difikirkan oleh kementerian untuk diubahsuai, saya rasa tidak sesuai," katanya.

Mengulas lanjut pertikaian berlarutan terhadap dasar itu, Hishammuddin mendakwa "ada pihak tertentu yang ingin terus menghangatkan suasana".

"Kalau sekiranya YB Karpal Singh di Parlimen semalam memberi gelaran celaka kepada Pemuda, dalam isu PPSMI, YB (Datuk Seri) Abdul Hadi telah menyatakan (mereka) yang menyokong dasar ini, juga celaka.

"Kalau disasarkan (celaka itu) kepada saya, saya boleh terima, asam garam dalam arena politik. Tetapi ramai di luar sana orang biasa yang menyokong dasar ini.

"Apakah mereka juga dicelakakan?" soal Hishamuddin.

Nafi dakwaan Karpal

hishammuddin hussein ppsmi languanges debate issue 260209 02 Dalam sidang media itu, Hishammuddin turut menjelaskan bahawa pihaknya sedang mengkaji pandangan dan cadangan semua pihak dan akan membawa perkara itu untuk dibincangkan ke peringkat kabinet beberapa minggu lagi.

Katanya, walaupun seandainya kabinet membuat keputusan hari ini pun, ia hanya dapat dilaksanakan awal tahun hadapan.

Hishamuddin juga menafikan dakwaan Karpal Singh bahawa Pemuda Umno telah mengirimkan dua butir peluru kepada pengerusi DAP itu.

Ketua Pemuda Umno itu berkata tuduhan Karpal itu adalah satu cubaan untuk mengalih pandangan umum dan memprovokasi pergerakan tersebut.

"Beliau cuba mengalih pandangan ekoran kesilapan dan keangkuhan beliau kerana menghina Sultan Perak," katanya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS