
Shahir mahu bela pekerja di Parlimen
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi parlimen Pandan, Syed Shahir Syed Mohamud, akan membangkitkan isu mengenai kaum pekerja dalam kempennya menjelang pilihanraya raya umum 8 Mac depan.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi parlimen Pandan, Syed Shahir Syed Mohamud, akan membangkitkan isu mengenai kaum pekerja dalam kempennya menjelang pilihanraya raya umum 8 Mac depan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan naib presiden PAS Mohamad Sabu yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu sebagai "calon terbuang" dari negeri-negeri lain.

Timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin dan pengikut parti itu di Kelantan agar menghentikan amalan "cah keting", atau sabotaj dalam parti sendiri, dan semangat berpuak-puak jika BN mahu merampas Kelantan.

Pengerusi Hindraf menasihatkan penyokongnya agar tidak membuat serangan peribadi terhadap pemimpin BN supaya mereka tidak dituduhkan menjadi punca provokasi.



MIC akan memuatkan tiga lagi siri iklan yang ditujukan khas kepada pengundi kelas atasan kaum itu yang dianggapnya tidak meyedari sumbangan parti itu, kata presidennya MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.



Pengundi parlimen Permatang Pauh, kerusi tunggal yang disandang PKR, sudah bosan dipermain-main pemimpin parti itu, kata ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Kelantan akan gagal mendapat manfaat daripada sebahagian pelaburan asing berjumlah RM112 bilion dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) jika parti sekarang tidak ditukarkan pada pilihanraya umum ini, kata BN.

Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata serangan BN-Umno melalui media massa menunjukkan bahawa Umno-BN "bukan main takut lagi dengan manifesto PKR, PAS dan DAP".


