
Umno T'ganu: Bantahan mulai reda
Penyokong Umno, yang kecewa selepas wakil rakyat mereka Datuk Abdul Rahman Bakar digugurkan, sudah mula menyatakan sokongan kepada calon-calon parti itu, kata seorang daripada pendatang baru Datuk Dr Ahmad Ramzi Muhammad Zubir.
Tanpa menjelas lanjut, Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai merujuk 'isu dinasti' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin.
Menurut satu sumber, bekas timbalan presiden MIC itu didatangi sebuah parti pembangkang yang menawarkan beliau bertanding di Sungai Siput di bawah tiket parti tersebut.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bertanding di kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang dalam langkah pakatan pembangkang menggempur pulau mutiara pada 8 Mac ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan pengerusi BN, berpesan kepada penyokong-penyokong agar tidak mensabotaj kempen pilihanraya calon-calon parti itu jika wakil rakyat mereka digugurkan kali ini.
Tiga jam selepas mengumumkan senarai calon, termasuk nama adiknya sendiri di parlimen Arau, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan pembatalan nama senator Datuk Ismail Kassim dan digantikan dengan Datuk Mastika Junaidah Husin.
Selepas beberapa lama melobi, termasuk secara terbuka, akhirnya pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunaikan hasrat pergerakan Puteri Umno untuk melihat ketuanya dicalonkan.
Bersama DAP, PKR dan PAS yang bercita-cita menawan Pulau Pinang atau memberikan saingan paling sengit di pulau mutiara itu membariskan calon-calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti berikut.