
- Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
- Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:AKTIFINACTIVEEXPIRED
- LANGGAN
- Renew
- Sambung Langganan
- Settings
- Hubungi kami
- Log keluar


Menteri kewangan itu juga berkata isu pengganti menteri pendidikan lebih sesuai diulas oleh Dr Mahathir sendiri.

Saifuddin Nasution berkongsi butiran yang diperolehinya susulan bantahan orang ramai berikutan pemansuhan elaun kritikal kepada doktor baru.


Penduduk menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah kesesakan yang akan timbul akibat pembinaan bangunan hostel itu.


Kempen media sosial - sebahagian daripada projek hampir RM50 juta - jadi bahan ketawa apabila memaparkan pujian sejumlah 'influencer' yang tampak dibuat-buat dan mengikut skrip.

Ini kerana kami mengamalkan kesederhanaan untuk mewakili semua rakyat Malaysia, bukan satu kaum atau satu agama, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pemimpin dan anggota parti perlu berkongsi maklumat yang betul berkenaan projek kerajaan negeri yang berdepan kritikan, kata Chow Kon Yeow.

Setiausaha Agung DAP itu juga mengingatkan anggota partinya agar tidak membincangkan masalah dalaman parti di khalayak ramai.

Spekulasi bertiup kencang bahawa konvensyen tahunan di Butterworth dijangka panas dengan akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap beberapa isu utama.

Syarikat seperti itu berisiko mempunyai individu berpengaruh di belakangnya yang boleh mempengaruhi pemberian tender, kata timbalan pengarah bahagian antipengubahan wang haram SPRM.

Gesaan itu dibuat kumpulan Pro 98 Reformis yang curiga dengan pembabitan peguam terbabit mewakili lelaki membuat tuduhan kepada Anwar.



Ini susulan kenyataan MP Pasir Salak yang telah ditariknya balik di Dewan Rakyat semalam mengenai tanda di dahi MP Jelutong RSN Rayer.

LAPORAN KHAS | Data yang dikumpul pengguna bas perantara MRT menunjukkan kebanyakan pengguna menunggu kurang daripada 15 minit. Namun, situasi tidak sentiasa seperti itu.

Anwar mendakwa kandungan kenyataan bersama itu - berkenaan desakan agar beliau memohon maaf - kini dipertikai oleh dua pemimpin yang menandatanganinya.

Menurut agensi antirasuah itu, tidak ada peruntukan undang-undang yang memerlukan mereka memeriksa apakah deklarasi itu benar atau tidak.

Justeru menurut Liew, kebimbangan dan alasan yang diberikan oleh pembangkang untuk tidak mengisytiharkan harta mereka adalah tidak berasas.

VK Liew menafikan kenyataan timbalannya bahawa kerajaan masih menimbang sama ada untuk memansuhkan atau menambah baik Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).


Mereka juga akan menerima unit berkeluasan 800 kaki persegi apabila projek pembangunan di kawasan itu siap, yang dijangka empat tahun lagi.
