Malaysiakini BERITA

Kerabat Negeri Sembilan OK titah diraja dibahas

Aidila Razak  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan.

NONE Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang putera diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star , berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

NONE Aziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu.

[Baca berita penuh]