Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.30pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (19 Okt)

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt, 14 Okt, 15 Okt, 16 Okt, 17 Okt, 18 Okt

Berikut adalah kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dengan pengumuman terbaru dari semasa ke semasa.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini.


PEJABAT

  • Menara Great Eastern, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di blok pejabat ini disahkan positif.

Perkara itu disahkan oleh Great Eastern Mall yang menjelaskan kes berkenaan tidak melibatkan pusat membeli-belah tersebut.

Bagaimanapun, pusat membeli-belah itu memberi jaminan kerja-kerja sanitasi telah dilakukan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan.

  • PM Mahsuri Sdn Bhd, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor
Kakitangan syarikat diberitahu bahawa seorang pekerja disahkan positif hari ini.

Pejabat ditutup hari ini dan esok, sementara menunggu arahan dari Kementerian Kesihatan.

  • Ibu pejabat Proton, Shah Alam, Selangor

Selepas seorang pekerja disahkan positif pada 14 Oktober, satu memo dalaman mendedahkan ada sekurang-kurangnya lapan lagi kes dikenal pasti sejak itu.

Menurut memo itu yang dilihat Malaysiakini, semua pekerja di jabatan berkaitan diminta kerja dari rumah, menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan membuat ujian swab.

KEDIAMAN

  • Pantai Hillpark Fasa 2, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan dalam notisnya memaklumkan seorang penduduk telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah kerana disyaki terdedah kepada Covid-19, namun setakat ini diuji negatif jangkitan berkenaan.

Notis itu juga mengingatkan penduduk agar selalu memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif dan kawasan lain.

  • Taman Bunga Raya, Sungai Petani dan Kampung Padang Che Mas, Pulai, Kedah

Seorang penduduk di Taman Bunga Raya, Sungai Petani didapati positif sementara lima penduduk di Kampung Padang Che Mas, Pulai juga disahkan positif, kata Jabatan Kesihatan Kedah.


  • Evergreen Garden Residence, Cyberjaya

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengesahkan bahawa seorang penduduk di sini diuji positif Covid-19.

  • Taman Seri Aman, Anak Bukit, Kedah

Seorang penduduk disahkan positif Covid-19 semalam, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

  • Kondominium BSP21, Bandar Saujana Putra, Selangor

Seorang penduduk aras 23 di Blok J didapati positif pada 17 Oktober.

Kerja nyahkuman telah dibuat di kawasan awam bangunan itu, kata pihak pengurusan.

  • Taman Pulai Flora, Skudai, Johor

Seorang pelajar yang tinggal di sini disahkan positif pada 15 Oktober. Ia selepas suami seorang saudaranya yang berkunjung ke rumahnya sebelum itu turut positif.

  • Saville @ The Park, Bangsar, Kuala Lumpur

Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mengesahkan seorang penduduk kondominium ini positif.

  • H2O Residences, Ara Damansara, Selangor

Pihak pengurusan mengeluarkan notis pada 9 Oktober bagi memaklumkan kes positif kedua di sini. Individu itu telah dimasukkan ke hospital.

Penduduk itu menjalani kuarantin sebelum itu kerana kes pertama adalah teman serumahnya yang disahkan positif pada 15 Oktober.

  • Maxwell Towers, Petaling Jaya

Pihak pengurusan mengesahkan seorang penduduk positif Covid-19. Penghuni rumah yang lain telah menjalani ujian dan pengesanan kontak sedang dilakukan.

  • Residensi PandanMas, Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan salah seorang penghuninya didapati positif Covid-19. Kerja -kerja nyahkuman telah dilakukan.

  • Pusat Jagaan Darul Hana, Kepala Batas, Pulau Pinang

Beberapa penghuni rumah jagaan orang tua dipercayai positif Covid-19, lapor Bernama.

Pihak pengurusan telah mengambil langkah segera mengasingkan dan arahan kuarantin kepada penghuni dan pekerja di situ yang mempunyai kontak dengan warga emas yang dipercayai dijangkiti.

SEKOLAH / INSTITUSI  PENDIDIKAN

  • SK Tanah Kebun, Parit Buntar; SMK Aminuddin Baki, Chemor; dan SK Klebang Jaya, Ipoh

Exco Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah-sekolah tersebut diarahkan tutup  selama tujuh hari hingga 25 Okt kerana terdapat kes positif Covid-19 di kalangan pelajarnya.

Namun, dia tidak menyatakan berapa banyak kes yang telah dikenal pasti.

  • SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka

Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Mohd Azam Ahmad mengarahkan sekolah ini ditutup selama tujuh hari dari 19 Okt hingga 25 Okt kerana terdapat kes positif Covid-19 di kalangan warganya.

Namun, dia tidak menyatakan berapa banyak kes yang telah dikenal pasti.

[Berita lanjut menyusul]

 

Lihat Komen
ADS