Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 8.45pm | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (9 Nov)
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 10:41 AM
Dikemaskini: 1:02 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Tenby Schools, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Sekolah swasta INI mengumumkan di Facebook hari ini bahawa dua pelajar - seorang di Tahun 3 dan seorang di Tahun 7 - positif Covid-19. 

Ujian saringan terhadap pelajar dan kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pelajar berkenaan akan bermula esok.

Sekolah ini sudah ditutup berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Pulau Pinang mulai hari ini.


KEDIAMAN

  • Kondominium Kepong Sentral

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 7 November bahawa salah seorang penduduk disahkan positif Covid-19.

Semua kawasan yang kemungkinan tercemar telah dibasmi kuman, kata mereka.

  • Anjung Hijau Greenfields, Bukit Jalil

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 8 November bahawa seorang penduduk positif Covid-19.

Pembersihan telah dilakukan di semua kawasan yang terjejas.

Penduduk lain dari unit yang sama juga telah menjalani ujian Covid-19, kata mereka.


PERNIAGAAN

  • Maybank Rawang

Seorang kakitangan di cawangan Maybank di Rawang mempunyai kontak dengan seorang pesakit dalam siasatan, walaupun ia berlaku di luar premis, kata bank itu dalam satu notis.

Cawangan bank berkenaan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dari 9 Nov hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

  • Setiawalk, Puchong

Pengurusan Setiawalk mengatakan dalam notis bertarikh 8 November bahawa seorang kakitangan mereka positif semasa ujian swab baru-baru ini.

Ujian swab itu dilakukan untuk semua kakitangan pengurusan dan vendor perkhidmatan di Setiawalk.

Kakitangan itu kini menjalani kuarantin rumah dan menunggu ujian kedua dari Kementerian Kesihatan untuk mengesahkan kes tersebut.

Kementerian Kesihatan juga memerintahkan mereka untuk menutup semua pejabat pengurusan sebagai langkah berjaga-jaga.

[Senarai ini akan dikemas kini]


Lihat Komen
ADS