Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.28pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (10 Nov)
Diterbitkan:  Nov 10, 2020 10:00 PM
Dikemaskini: 3:09 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov |9 Nov 

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


PEJABAT

  • KWSP, Klang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Klang akan menutup pejabat dan kaunternya selama satu hari hari ini (10 Nov) bagi menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan.

Langkah itu diambil setelah salah seorang kakitangan di cawangan tersebut positif Covid-19. Kakitangan itu kini sedang menjalani rawatan.

Anggota yang mempunyai temujanji dengan KWSP Klang yang dijadualkan hari ini diminta menjadualkan semula temujanji mereka secara dalam talian.

Cawangan itu akan dibuka semula esok.


PERNIAGAAN

  • Cawangan utama Maybank Melaka dan cawangan Alor Gajah

Kakitangan di Pusat Kekayaan Persendirian di cawangan utama bank di Melaka dan di cawangan Alor Gajah mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) kes Covid-19.

Justeru kedua-dua cawangan dan pusat berkenaan ditutup sehingga diberitahu kelak untuk kerja-kerja disinfeksi.

  • Jaya One, Petaling Jaya, Selangor

Pengurusan Jaya One memaklumkan seorang pekerja pejabat di Tingkat 5, Blok J, pejabat 129 positif Covid-19 pada 8 Nov setelah dijangkiti dari ibu bapanya.

Setakat ini, lima rakannya diuji negatif, sementara sembilan masih menunggu keputusan.

Dia juga mengunjungi kediaman rakannya di Blok R1 kondominium berkenaan pada 28 Okt dan 2 Nov. Dua rakannya tinggal di blok tersebut. Rakan serumah mereka juga telah disaring.

Unit yang terjejas dikatakan telah ditutup sebaik sahaja menerima berita pada 8 Nov dan kerja-kerja pembersihan telah dilakukan.


  • Maybank Seberang Jaya

Maybank cawangan Seberang Jaya berkata seorang kakitangannya mempunyai kontak dengan seorang invividu positif Covid-19. Justeru bank berkenaan akan ditutup untuk kerja-kerja disinfeksi mulai 9 Nov sehingga tarikh diberitahu kelak.

Bank itu juga menjelaskan bahawa kontak itu berlaku di luar premis berkenaan.

  • Restoran Ekkamai Thai, Plaza Batai, Damansara Heights, KL

Pihak pengurusan restoran ini dalam notis bertarikh 9 Nov menyatakan restoran tersebut merekodkan satu kes positif Covid-19 selepas ujian dilakukan.

Ia akan ditutup sehingga diberitahu kelak dan semua pekerja sedang dikuarantin.

Restoran ini memberikan maklumat aplikasi MySejahtera kepada Kementerian Kesihatan dan pelanggan yang datang dalam tempoh satu hingga dua minggu lalu akan dihubungi.

  • Pusat Beli-belah Alamanda, Putrajaya

Pihak pengurusan berkata lima pekerja pembersihan yang bertugas pada shift malam didapati positif pada 31 Okt lalu semasa ujian swab dilakukan terhadap sekumpulan pekerja di Alamanda.

Lima pekerja pembersihan itu dimasukkan ke hospital dan telah keluar dari hospital pada 10 Nov.

Pihak pengurusan juga berkata kumpulan pekerja itu tidak mempunyai interaksi secara langsung dengan pekerja lain.

Kerja-kerja pembersihan menyeluruh telah dilakukan di Alamanda dan kawasan sekitarnya. Kementerian Kesihatan juga telah menasihati pihak pengurusan agar operasi perniagaan diteruskan seperti biasa.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar

Universiti ini akan ditutup selama enam hari bermula hari ini bagi kerja pembasmian kuman berikutan satu kes Covid-19. Universiti itu akan dibuka semula pada 16 Non.


PELABUHAN

  • Northport, Westport dan Zon Bebas Pelabuhan Klang, Selangor

Beberapa pekerja kontraktor perkhidmatan di Pelabuhan Klang disahkan positif Covid-19.

Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) mengarahkan semua syarikat yang terlibat untuk melakukan ujian Covid-19.

Kawasan Northport, Westport dan Pelabuhan Klang yang mungkin terkena virus sedang menjalani kerja-kerja pembersihan sementara kakitangan dari syarikat yang terlibat dilarang masuk sementara menunggu keputusan ujian mereka.

PKA berkata langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan perkara itu tidak mengganggu urusan pelabuhan itu.


PREMIS KERAJAAN

  • Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor

Bernama melaporkan suspek pembunuhan yang ditahan di ibu pejabat polis daerah berkenaan disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, IPD Segamat telah menjalani kerja-kerja sanitasi dan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun 60 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti sebagai kontak rapat perlu menjalani ujian dan kuarantin kendiri.

Lihat Komen
ADS