Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.30PM | Lokasi terkini kes Covid-19 (5 Nov)
Diterbitkan:  Nov 5, 2020 9:30 AM
Dikemaskini: 3:45 PM

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov  | 4 Nov

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur

Badan-badan pengurusan yang mengendalikan blok-blok di kompleks pangsapuri terlibat telah membuat pengumuman berasingan hari ini mengenai kes Covid-19 di blok bawah jagaannya.

Blok yang terjejas adalah Blok A, Blok C, dan Blok E, di mana satu penduduk di setiap blok telah dinyatakan positif penyakit ini.


KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Klinik Teoh & Cheah, Taman Paramount, Petaling Jaya

Menurut ciapan Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei, seorang individu yang disyaki mengidap denggi pergi ke klinik itu sebelum dirujuk ke hospital, di mana dia kemudian disahkan mengidap demam itu.

Lim berkata, susulan itu pekerja klinik telah membuat ujian swab dan disahkan negatif Covid-19.

Doktor dan jururawat yang merawat individu itu kini menjalani kuarantin kendiri.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SK Paya Keladi, Kepala Batas Penang

Jabatan Pendidikan Negeri mengarahkan sekolah ditutup seminggu, iaitu sehingga 11 Nov, selepas seorang murid disahkan positif, menurut Bernama.

Laporan itu memetik pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad yang memaklumkan kes itu melibatkan seorang murid darjah enam.

  • SMK Tunku Abdul Rahman, Mergong, Kedah

Seorang pelajar disahkan positif dan kes itu dalam kluster Bayan di Pulau Pinang, menurut Utusan Malaysia. Semalam, kluster itu mencatatkan 14 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 92 kes.

Kontak rapat telah dikenal pasti dan sekolah akan ditutup sehingga Isnin depan (9 Nov).

  • SK Bandar Baru Sintok, Kubang Pasu, Kedah

Seorang murid disahkan positif. Kes ini juga dalam kluster Bayan.

Sekolah akan ditutup sehingga Isnin depan (9 Nov) dan kontak rapat telah dikenal pasti.

  • SMK Jati, Ipoh, Perak

Jabatan Pendidikan Perak mengesahkan satu kes positif dikesan di sekolah ini.

Dalam kenyataan, jabatan berkata sekolah akan ditutup selama tujuh hari, bermula 5 hingga 11 Nov, untuk kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman.


PERNIAGAAN

  • Maybank cawangan Equine Park, Seri Kembangan, Selangor

Dalam notis bertarikh 3 Nov, bank itu berkata seorang pekerja menjadi kontak rapat seorang individu yang disyaki dijangkiti wabak Covid-19 (PUI).

Bagaimanapun, ia berkata ia berlaku di luar dan bukannya dalam premis bank.

Cawangan itu ditutup pada 3 dan 4 November. Ketika dihubungi hari ini, bank itu berkata telah kembali dibuka hari ini.


PREMIS KERAJAAN

  • Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh

Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan seorang kakitangan di pejabat tersebut positif Covid-19.

Pejabat itu dikatakan dibersihkan dan semua kakitangan diarahkan untuk dikuarantin sementara menunggu arahan lanjut dari Jabatan Kesihatan Perak.

Ia menambah bahawa Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu tidak hadir di pejabat itu kerana menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung, dan telahdiuji negatif setakat semalam.


[Berita lanjut menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS