Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 7pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (11 Nov)
Diterbitkan:  Nov 11, 2020 11:45 AM
Dikemaskini: 1:07 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.


KEDIAMAN

- Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Kawasan ini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), setelah sekurang-kurangnya 40 kes Covid-19 dikesan di kawasan ini.

PKPD ini melibatkan sebanyak 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 orang penduduk. Ia akan bermula esok sehingga 25 Nov.

  • Jalan Perigi Nanas, Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang
Wabak dikesan di asrama pekerja yang terletak di jalan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Jalan Perigi Nanas terletak di Taman Perindustrian Pulau Indah.

Setakat ini, 71 individu disahkan positif. Mereka adalah sebahagian daripada kluster Perigi.


PERNIAGAAN

  • Bank Muamalat Cawangan Tanah Merah, Kelantan

Bank itu mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya yang bertugas di Cawangan Tanah Merah di Kelantan positif Covid-19.

Menurut laporan Bernama, bank tersebut mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa pekerja tersebut sekarang berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, sementara semua rakan sekerjanya yang mempunyai kontak rapat diminta untuk kuarantin kendiri selama 14 hari.

Cawangan yang terletak di Kompleks Perniagaan Humaira di Pusat Bandar Tanah Merah itu telah ditutup dari 8 November sehingga diberitahu kelak.

  • Careplus, Senawang, Negeri Sembilan

Careplus Group Bhd melaporkan bahawa beberapa pekerja di kilangnya di Kawasan Perindustrian Senawang di Negeri Sembilan positif Covid-19 dan kini berada di bawah rawatan hospital kerajaan.

Careplus berkata pihak mereka telah mengambil tindakan yang diperlukan termasuk penutupan kilang yang terjejas, untuk memudahkan pembasmian kuman dan pembersihan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Careplus telah menyelaraskan agar 2,000 kakitangannya menjalani ujian Covid-19, tetapi enggan mendedahkan jumlah kakitangan yang diuji positif.

[Senarai terkini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS