Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 3.15pm | Lokasi terkini mencatatkan kes Covid-19 (6 Nov)

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov

Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

  • Lokasi yang ditambah: SJKT Kulim, Kedah

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SJKT Kulim, Kedah

Menurut Sin Chew Daily, seorang murid tahun tiga di seklah ini disahkan positif baru-baru ini.

Ibu murid terbabit pula bekerja di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang dan lebih awal dikesan dijangkiti Covid-19.

Sekolah ini ditutup selama tujuh hari sehingga 13 Nov ini.


PERNIAGAAN

  • Syarikat Top Glove Corporation Bhd, Klang

Pada Khamis, pengeluar sarung tangan getah itu mengesahkan 17 pekerjanya diuji positif Covid-19.

Menurut syarikat tersebut, pekerja yang terjejas ditempatkan dalam kuarantin setelah menjalani ujian calitan pada 2 Nov dan telah dibawa ke hospital setelah didapati positif.

Seorang jurucakap syarikat itu ketika dihubungi berkata mereka merupakan pekerja di kilang Meru, Klang. 

Operasi kilang itu, bagaimanapun tidak terjejas dan syarikat tersebut "melaksanakan semua kerja-kerja nyah kuman, sanitasi, dan langkah-langkah yang relevan" seperti garis panduan Kementerian Kesihatan.

[Akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS