Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes Covid-19 hari ini (29 Nov)
Diterbitkan:  Nov 29, 2020 10:46 PM
Dikemaskini: 2:54 PM

Senarai terdahulu: 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 21 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Melur Apartment, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Badan pengurusan pangsapuri mengeluarkan notis hari ini, memaklumkan kepada penduduk bahawa penghuni sebuah unit di Blok C telah diuji positif Covid-19.

Difahamkan, wanita itu dijemput oleh pihak berkuasa kesihatan ke hospital pada jam 4 petang.

Berikutan itu, badan pengurusan memutuskan untuk menutup apartmen dari semua pelawat dan kontraktor selama 14 hari dari hari ini sehingga 12 Disember.

  • Jalil Damai Apartments, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pasangan di Blok C pangsapuri didapati positif Covid-19 pada 28 Nov 2020, menurut notis yang dikeluarkan oleh badan pengurusan pangsapuri.

Ia menyatakan penghuni tersebut telah mengunjungi pejabat pengurusan pada 20 November.

Berikutan itu, pejabat ditutup selama tiga hari dari Isnin (30 Nov) hingga Rabu (2 Dis) untuk membolehkan semua kakitangan menjalani ujian saringan Covid-19.

  • Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah

Pihak berkuasa kesihatan menemui kluster jangkitan baru yang berkaitan dengan majlis pengebumian dan adat nibau menziarahi rumah arwah di sini.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa kluster Tempasuk telah mencatat 12 kes. Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan tujuh daripada kes tersebut berkaitan dengan majlis pengebumian.

Difahamkan, kluster ini berkaitan dengan pengkebumian yang diadakan di Kampung Tempasuk 1 pada 17 November. Mereka yang hadir majlis tersebut diminta oleh pejabat kesihatan daerah untuk membuat pemeriksaan.


RUMAH IBADAT

  • Surau Nurul Iman, Simpang Renggam, Johor

Jawatankuasa pengurusan surau menerima notis daripada pihak berkuasa kesihatan semalam (28 Nov) untuk menutup premis selama seminggu hingga 12 Disember.

Ini selepas seseorang yang positif Covid-19 didapati telah berkunjung ke surau itu baru-baru ini.

Menurut ahli jawatankuasa surau yang enggan dinamakan, individu tersebut berada di surau berkenaan untuk mengadakan ceramah.


PERNIAGAAN

  • Tapak pembinaan Sky Meridien, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan kluster baru bernama Awan Baru yang melibatkan pekerja binaan, yang merekodkan 31 kes positif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kes-kes tersebut dikenal pasti melalui aktiviti penyaringan di lokasi itu.

Noor Hisham hari ini mengunjungi tapak binaan yang terletak di Bandar Baru Sentul.

  • Tapak pembinaan Jesselton Quay, Kota Kinabalu

Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan kluster baru yang disebut Jesselton Cluster, yang setakat ini mencatatkan sebanyak 44 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkata kes itu melibatkan pekerja binaan di tapak pembinaan Jesselton Quay di Kota Kinabalu.

  • Pelabuhan Sandakan

Kluster baru yang disebut Kluster Dermaga di Sandakan, Sabah merekod 34 kes setakat tengah hari semalam (28 Nov), kata Kementerian Kesihatan.

Jabatan Kesihatan Sabah berkata, 17 daripada kes tersebut dikesan melalui pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Sandakan.


PENJARA DAN PUSAT TAHANAN

  • Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sabah

Kementerian Kesihatan mengesan kluster baru yang dinamakan Kluster PTS Sibuga di Sandakan, Sabah.

Sehingga semalam (28 Nov), sebanyak 104 kes positif telah dilaporkan dalam kelompok ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Sabah, 99 kes tersebut berkaitan dengan Pusat Penahanan Sementara Sibuga.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS